Buletin

PENGELAP CERMIN BOSCH CLEAR ADVANTAGE

Bosch Automotive Aftermarket baru-baru ini melancarkan pengelap bilah rata terbaharunya – Bosch Clear Advantage.

“Pengelap bilah rata Bosch yang pertama dibangunkan pada tahun 1999 dan teknologi itu kekal relevan dalam industri automotif hingga ke hari ini. Kini, teknologi tersebut  menjadi pilihan pengeluar kenderaan dengan 90% kereta baharu di Eropah menggunakannya.

Bosch-Clear-Advantage-Wiper-mekanika (3)

“Trend teknologi bilah rata telah bermula di Jepun dan kami jangkakan Asia akan mengikuti trend yang sama dalam tempoh beberapa tahun lagi,” kata Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket, Malaysia, Pang Yoon Kong.

Teknologi bilah rata Bosch terdiri daripada satu pegas besi mono dan formulasi getah yang eksklusif. Ini membolehkan pengelap Clear Advantage Bosch untuk menawarkan tekanan yang sekata pada keseluruhan bilah pengelap dan cermin utama. ia dapat menambah baik prestasi mengelap, sekali gus memastikan pergerakan yang lebih lancar, bersih dan senyap.

Direka khas untuk cuaca tropika di Asia, pengelap Clear Advantage Bosch mampu memberikan ketahanan dan prestasi optimum, biarpun selepas 200,000 kitaran.

Bosch-Rover-mekanika (2)

Bagi memudahkan pemasangan, Pengelap Clear Advantage Bosch dilengkapi pemadan klip. Jadi, ia boleh dipadankan pada 96 peratus kenderaan di rantau ASEAN.

Pengelap Clear Advantage Bosch kini boleh didapati pada harga RM65 sepasang di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Maklumat lanjut, sila layari laman web:

www.startwithbosch.com/my/.

Bosch-Rover-mekanika (1)

“Bosch Rover” akan mengunjungi lebih 100 lokasi di Semenanjung Malaysia

Sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan kenderaan ‘Satu Alat Ganti yang Salah Boleh Merosakkan Segalanya’ dan sempena pelancaran pengelap Clear Advantage Bosch, Bosch Rover akan melakukan siri jelajah ke lebih 100 lokasi di Semenanjung Malaysia.

Bermula pada Oktober 2016 hingga Januari 2017, Bosch Rover akan berada di pusat-pusat perniagaan, pasaraya hiper, syarikat-syarikat media dan stesen petrol. Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, peraduan serta mendapatkan beberapa produk automotif Bosch yang terpilih pada harga promosi.

Bosch-Rover-mekanika (4)

Pengunjung yang membuat pembelian melebihi RM70 boleh menyertai peraduan Spin & Win. Mereka yang tidak membeli pula boleh menyertai peraduan Kapsyen Gambar Facebook atau Time Challenge yang menilai sepantas mana sesorang boleh mengeluar dan memasang satu set pengelap cermin kenderaan.

Para pemenang akan memenangi sepasang Pengelap Clear Advantage Bosch yang baru dilancarkan. Maklumat lanjut mengenai Bosch Rover, sila layari laman web:  www.startwithbosch.com/my.

Google ads
Back to top button