Buletin

NAIK TESLA MODEL S 85 HUJUNG MINGGU INI DENGAN GRAB

Buat pertama kalinya di Malaysia, Grab bekerjasama dengan pihak GreenTech Malaysia untuk menawarkan pengguna Grab pengalaman menaiki kereta elektrik, Tesla Model S 85.

Jentera EV ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 2.8 saat dengan pecutan maksimum 250km/j. Ia juga telah menerima penarafan keselamatan lima bintang.

Tesla-Model-S-P85D-lawsuit-mekanika (1)

Bermula semalam hingga esok (Ahad, 14 Oktober 2016) dari jam 10am hingga 6pm, pengguna boleh menempah Tesla Model S85 melalui satu ikon khas dengan tambang hanya RM15 bagi setiap perjalanan. Bukan itu sahaja, salah sebuah kereta itu juga akan dipandu oleh DJ J.J Fernandez.

Perhidmatan ini bagaimanapun hanya ditawarkan di lokasi-lokasi terpilih iaitu Bangsar, Sri Hartamas, Mont Kiara, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Utama dan Mutiara Damansara.

Grab-Tesla-Model-S85-mekanika (2)

Sila ikuti langkah berikut:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Grab daripada Apple App Store atau Google Play Store.

Langkah 2: Pilih ikon “Tesla Model S” pada aplikasi Grab.

Langkah 3: Masukkan lokasi naik dan destinasi. Klik Book Now.

Langkah 4: Nikmati perjalanan anda!

Maklumat lanjut mengenai promosi Tesla Model S promo, sila layari laman web:  http://grb.to/teslamodels.

Google ads
Back to top button