Buletin

RAKAM FOTO DAN MENANG HADIAH MENARIK DENGAN BOSCH AUTOMOTIVE AFTERMARKET SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN INI

Dengan sambutan Hari Merdeka semakin hampir, bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, berikut adalah lima idea menarik untuk meraikan bulan kemerdekaan sebagai sebuah keluarga Malaysia.

1. Rancang perjalanan anda

Menaiki kereta adalah cara terbaik untuk meneroka negara kita terutama sempena Hari Merdeka. Bagi menikmati perjalanan yang lancar, sila pastikan anda:

  • Rancang laluan lengkap dengan tempat berhenti, pastikan anda mendapat rehat yang cukup untuk kekal berwaspada semasa memandu
  • Simpan stok air dan makanan ringan sebelum memulakan perjalanan.
  • Buat senarai lagu kegemaran semua orang dan mungkin boleh buat sesi karaoke

2. Alami kebebasan di Tugu Negara dan nikmati latar langit KL yang diterangi bunga api

Pergi ke Monumen Negara sambil menghidupkan semula sejarah, rakam gambar dan pelajari tentang pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan tentera untuk kebebasan kita. Untuk tempat bergambar, kunjungi juga Taman Botani Perdana, Taman Burung KL atau Taman Arca ASEAN untuk benar-benar menghargai kekayaan biodiversiti negara kita.

Saksikan langit bercahaya dengan bunga api pada tengah malam di kaki langit KL sempena memperingati Hari Kebangsaan. Inspirasikan semangat Merdeka anda dengan bunga api di salah satu tempat ini:

  • Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
  • Changkat Semantan, Kuala Lumpur
  • Bukit Permai, Cheras
  • Genting Highlands, Pahang

3. Perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka.

Semarakkan suasana perayaan di Dataran Merdeka semasa Perarakan Hari Kebangsaan dan rasai kebebasan yang diperjuangkan untuk kita menikmati kebebasan yang ada pada hari ini.

Jangkakan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri dan berhubung dengan rakyat Malaysia dari seluruh negara. Semasa berada di tengah-tengah bandar, anda akan berada tidak jauh dari makanan yang lazat dan pemandangan yang menakjubkan. Jadi luangkan masa ini untuk menerokai ibu kota dan nikmati semua yang ditawarkannya.

4. Merdeka dari kerumitan.

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Tidak kira di mana anda membuat keputusan untuk menyambut Hari Kebangsaan tahun ini, ingatlah untuk memeriksa kereta terlebih dahulu dan menjadualkan servis jika perlu.

Ada kajian menunjukkan lebih 50 peratus pemandu Malaysia kurang pengetahuan tentang asas penyelenggaraan kereta. Berikut ialah senarai semak supaya anda boleh menjalankan pemeriksaan sendiri untuk pemanduan yang lancar:

  • Stereng – pastikan sistem stereng (roda) berfungsi dengan lancar semasa bergerak.
  • Brek – perhatikan sebarang bunyi luar biasa semasa membrek.
  • Paras bendalir – bendalir brek, minyak enjin, penyejuk dan tangki pengelap cermin utama.
  • Tayar – periksa kedalaman bunga tayar dengan meletakkan syiling 20 sen di dalam bunga. Jika anda boleh membaca tarikh pada syiling dengan jelas, sudah tiba masanya untuk menukar tayar tersebut. Ingat juga untuk memastikan tekanan tayar berada pada tahap yang sepatutnya.
  • Bateri – periksa bateri dan cas dengan pengecas bateri Bosch C7 jika perlu.
  • Pengelap – pengelap yang bersih dan berfungsi menyumbang kepada penglihatan yang lebih jelas.
  • Lampu – perika semua lampu untuk memastikan ia berfungsi.
  • Suspensi – hantar kereta ke bengkel yang boleh dipercayai jika anda mendengar sebarang bunyi apabila melalui bonggol dan jalan berlubang.
  • Tali pinggang keledar – periksa sebarang kerosakan pada tali pinggang dan pada buckle.
  • Kerusi bayi – pastikan ia dipasang dengan betul tanpa sebarang kerosakan visual atau keretakan.

5. Bonus! Kongsi gambar Merdeka anda yang paling kreatif untuk menangi hadiah menarik.

Berikut ialah cara terbaik untuk meraikan Merdeka dan menangi hadiah:

Bermula 15-31 Ogos 2022, rakam gambar kreatif kereta anda dengan Jalur Gemilang (bonus jika anda menampilkan produk alat ganti kereta Bosch!). Muat naik foto di Instagram dengan hashtag #BoschMERDEKAR, ingat untuk tag dan mengikuti @boschautopartsmy di Instagram. Terakhir, pastikan akaun anda akses kepada umum.

Lima pemenang bertuah dengan gambar paling kreatif bertemakan Merdeka berpeluang memenangi Pengecas Bateri Bosch C7, manakala 10 pemenang lain akan memenangi baucar Shopee bernilai RM50 setiap satu. Dapatkan inspirasi dengan idea kreatif dan biarkan semangat patriotik anda memeriahkan Merdeka kali ini!

Selenggara kereta anda dengan menggunakan alat ganti kereta yang berkualiti, kerap periksa aspek penting seperti pengelap cermin depan, penapis kabin dan bateri.

Bukan sahaja perkara diatas mudah dilakukan, malah lebih mudah dengan ketersediaan alat ganti kereta tulen dalam talian dari Bosch AA melalui Lazada dan Shopee.

Google ads
Back to top button