Buletin

BOSCH AUTOMOTIVE AFTERMARKET: PERANAN DAN JASA WANITA DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF

Selama bertahun-tahun, lelaki atau wanita lebih cenderung memilih pekerjaan tertentu kerana mereka dianggap sebagai pekerjaan wanita atau lelaki. Walau bagaimanapun, hari ini kita melihat wanita melangkah memecahkan norma memasuki bidang automotif.

Di Bosch Automotive Aftermarket (AA), kita melihat semakin ramai usahawan wanita memainkan peranan penting antaranya Wong Hoi See, Clara Beh dan Michelle Yong yang ingin membina kerjaya mereka dalam bidang ini.

Pengetahuan serta kepakaran selama bertahun-tahun membolehkan mereka menjalankan perniagaan dengan jayanya sekali gus menyumbang kepada industri automotif.

Dengan pengalaman selama 20 tahun di industri automotif, Wong memiliki bengkel kereta sejak 12 tahun lalu dan telah menyaksikan peralihan dalam industri apabila lebih ramai wanita mengambil peranan.

“Ketika bermula dalam bidang ini, saya sedar perlu bekerja lebih keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah begitu pantas. Saya menggunakan pendekatan berorientasikan perincian bagi memastikan kejayaan,” kata Wong.

Tambah Wong lagi, “Saya memutuskan untuk menjadi peguam bela dan mengembangkan pengetahuan saya mengenai kenderaan secara bebas.”

Apabila sektor automotif mengalami perubahan, masyarakat kini mengubah cara perkara selalu dilakukan. Dengan pelbagai latar belakang dan pengalaman, ia sememangnya memberi satu kelebihan.

Clara Beh juga bercita-cita untuk menjadi contoh kepada wanita lain di industri ini. Mempunyai pengalaman selama lapan tahun, Beh menguruskan perniagaan keluarganya dengan baik.

“Nasihat saya kepada wanita lain dalam bidang automotif atau sedang mempertimbangkan peralihan, adalah supaya sentiasa bersemangat dan mempunyai mentaliti yang betul.”

Sementara itu, Michelle pula bermula dengan niat untuk membantu suami menguruskan kedai alat ganti kenderaan sebelum ia menjadi kerjaya tetapnya.

“Sebagai ibu dan orang yang menjalankan perniagaan, pengurusan masa memainkan peranan penting untuk mengimbangi tanggungjawab saya di rumah supaya dapat memenuhi keperluan keluarga serta menguruskan perniagaan,” jelas Michelle.

Google ads
Back to top button