Buletin

BOSCH AA LANCAR #CareForSafety – BERI TUMPUAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

Bosch AA telah melancarkan #CareForSafety, kempen keselamatan untuk kanak-kanak di Dignity For Children Foundation.

Menurut Bosch AA, #CareForSafety adalah sebagai sebahagian daripada komitmen Bosch Automotive Aftermarket (AA) dalam memberikan impak kepada komuniti.

#CareForSafety akan memberi tumpuan kepada pendidikan keselamatan jalan raya dan tajaan pengangkutan bas untuk kanak-kanak Dignity.

Bengkel ini akan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan cara untuk kekal selamat di jalan raya.

Tambahnya lagi, bagi tajaan pengangkutan bas pula, ia akan membantu kanak-kanak lebih selamat ke sekolah dan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga menerusi pemberian subsidi untuk kos pengangkutan bas.

“Bosch AA sentiasa percaya bahawa keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan kami. Objektif kami adalah untuk mendidik, membabitkan diri dan memperkasakan kanak-kanak ini menerusi pelbagai aktiviti bersama Dignity For Children Foundation,” kata Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser.

Salah satu program akan disediakan untuk guru-guru di Dignity For Children Foundation ialah Bengkel Keselamatan PRO.

Ia akan melatih guru-guru tentang sukatan pelajaran keselamatan jalan raya serta mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan diri, keselamatan jalan raya serta keselamatan ketika berada dalam talian.

Bengkel-bengkel ini akan melibatkan pelbagai badan profesional sebagai rakan kongsi untuk membantu mendidik kanak-kanak cara untuk menjaga keselamatan di mana-mana.

Selain itu, dengan setiap pembelian produk berkaitan brek di Bosch Autoparts Official Store, Bosch AA Bersama Carsuka Automotive, pengedar eDagang mereka akan mendermakan RM4 kepada inisiatif ini sepanjang kempen berlangsung. 

Untuk rekod, pelancaran #CareforSafety di Malaysia menandakan negara keempat di mana kempen #CareForLife serantau ASEAN dilancarkan.

“Di Dignity For Children Foundation, kami komited untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang bernasib baik di sini terutamanya di sebuah sekolah yang terletak di Sentul Raya Boulevard, dimana bilik darjah tersebar di bangunan yang berbeza dan lalu lintas jalan raya sentiasa menjadi kebimbangan.

“Dengan sokongan Bosch AA, pelajar-pelajar kami kini dapat memberi tumpuan dengan lebih tenang dalam aspek pembelajaran,” kata Pengasas Bersama Dignity For Children Foundation, Elisha Satvinder.

Google ads
Back to top button