Buletin

PETROL MAHAL, LELAKI TUANG MINYAK MASAK DALAM TANGKI KERETA 

Satu klip video yang memaparkan seorang lelaki warga Britain sedang mengisi beberapa botol minyak masak ke dalam tangki keretanya tular di laman media sosial.

Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku ketika rakyat negara itu bergelut dengan kenaikan kos petrol berikutan harga bahan api mencecah paras tertinggi. Video itu dirakam di sebuah tempat letak kereta di luar pasar raya Tesco di Congleton, Cheshire.

“Saya merakamnya ketika sedang berjalan melepasi lelaki itu untuk menuju ke kereta saya. Saya melihat lelaki itu membuka semua penutup botol minyak masak dan mula menuangkannya ke dalam kereta tersebut,” katanya.

Tindakan lelaki itu yang menggunakan minyak masak mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk ada yang memuji kepintarannya.

Bagaimanapun, penggunaan minyak masak sebagai pengganti bahan api terbukti sangat berisiko dan boleh menyebabkan kerosakan pada enjin. – Utusan Malaysia 

Google ads
Back to top button