Buletin

KERETA LEBIH LAJU GUNA MINYAK MASAK?

Seorang lelaki dari Indonesia yang memuatnaik video sedang memasukkan minyak masak ke dalam tangki kereta menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan Suara.com, lelaki dengan akaun instagram @Indra_fathan, mendakwa kaedah menggunakan minyak masak mampu melancarkan pergerakan kenderaan malah akan lebih laju.

Lelaki bernama Abbaz Ahmad itu dipercayai mengisi tangki minyak keretanya menggunakan minyak masak sebanyak satu liter.

Selain itu, tindakan Abbaz mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

“Minyak masak bercampur solar akan menjadi bio solar B30. Ia bermakna solar 70% dan minyak masak 30%,” kata seorang netizen.

Seorang lagi warganet berkata, ia tidak bagus digunakan minyak masak kerana akan memberi impak pada masa hadapan.

“Jika darurat bolehlah guna,” ujarnya. – suara.com

Google ads
Back to top button