
POLIS DUBAI DAN ABU DHABI BELI TOYOTA LAND CRUISER 300 PULA
Seperti yang kita tahu, pasukan polis dan pertahanan awam Dubai dan Abu Dhabi memang mempunyai koleksi kereta untuk kegunaan yang cool.
Bulan lepas, polis Dubai ada membeli SUV Genesis GV80. Terbaharu, pasukan polis itu menambah Toyota Land Cruiser 300 tahun 2022 ke dalam senarai kenderaan mereka. Model baharu itu dikatakan lebih ringan dan berkuasa, selain lebih menjimatkan bahan api berbanding generasi terdahulu.
Sebagai sebuah jentera bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, Toyota Land Cruiser 300 ditampal dengan livery hijau putih. Selain dilengkapi pengesan multi-terrain 3D yang membolehkan pemandu mengenal pasti permukaan jalan.

Penyerahan SUV berkenaan dilakukan oleh pengedar eksklusif Toyota di UAE, Al-Futtaim Toyota, lengkap bersama persembahan bunga api dalam satu majlis yang dihadiri oleh 50 orang pembeli pertama.
Toyota Land Cruiser 300 dikuasakan oleh enjin V6 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 415PS dan tork 50Nm. Toyota juga ada menawarkan varian enjin diesel V6 3.3 liter berkuasa 309PS dan tork 700Nm. SUV itu dikatakan 200kg lebih ringan berbanding model sebelumnya.
Ia turut dilengkapi pelbagai sistem keselamatan terkini termasuklah Toyota Safety Sense (TSS).