Buletin

JACOB & CO PERKENAL JAM TANGAN FAST & FURIOUS TWIN TURBO. RM2.4 JUTA SEUTAS

Pembuat jam tangah mewah, Jacob & Co baru-baru ini memperkenalkan jam tangan istimewa dikenali sebagai Fast & Furious Twin Turbo bagi meraikan ulangtahun ke-20 francais filem berkenaan. 

Jam tangan berharga AS$580,000 (RM2.4 juta) itu hanya ditawarkan sebanyak sembilan utas sahaja. Wajahnya diserlahkan dengan gambar sebuah Dodge Challenger dan Toyota Supra bersama seorang wanita yang memegang bendera. 

Ia dibina berasaskan kepada siri Twin Turbo Jacob & Co yang menampilkan mekanisma tiga paksi tourbillon, pengulang minit decimal dan kalkulator papan masa. Semua itu dikuasakan oleh pergerakan manual JCFM05 dengan 832-komponen yang eksklusif. 

Ciri Pit Board membolehkan anda untuk menetapkan masa rujukan bagi membandingkan catatan masa pusingan di litar. 

Jam tangan itu menggunakan kerangka titanium/karbon dan saphire pada bahagian belakangnya. Manakala material telus yang inovatif, Neoralithe digunakan buat pertama kali pada kemasan bezel merah di bahagian dalamnya. 

“Jam tangan Twin Turbo Furious kami memang sesuai dengan francais filem Fast & Furios. Bukan hanya kerana namanya, tetapi penekanan terhadap kelajuan dan keinginan untuk menjadi luar biasa. 

“Jacob & Co telah terlibat dalam banyak kerjasama dan ini antara yang paling istimewa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jacob & Co, Benjamin Arabov. 

Google ads
Back to top button