
PRA-TEMPAHAN KAWASAKI NINJA ZX-4RR DIBUKA
Sekitar September lalu kami telah pun menerbitkan artikel yang menjangkakan pihak MODENAS selaku pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia akan melancarkan Ninja ZX-4R sekitar penghujung tahun 2025.
Berdasarkan perkembangan terbaru, artikel yang ditulis ternyata berasas ekoran satu satu pengedar Kawasaki di Malaysia, Kawasaki Shah Alam telah pun membuka pra-tempahan bagi Ninja ZX-4RR menerusi satu perkongsian di Facebook.
Berdasarkan kapsyen, slot bagi pra-tempahan adalah terhad.
Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR dikuasakan enjin 4-silinder 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm.
Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.


