
PROMOSI HEBAT TOYOTA SEMPENA AIDILFITRI
Nampaknya hampir semua pengeluar mengambil kesempatan menawarkan promosi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Terbaru, Toyota menawarkan pakej menarik kepada pembeli model-model terpilih dalam kempen yang dilancarkan pada hari ini.
Toyota Vios: Rebat tunai RM6,500 ATAU penyelenggaran percuma selama 5 tahun + rebat tunai RM4,000
Toyota Corolla Altis: Rebat tunai RM5,000 ATAU penyelenggaran percuma selama 5 tahun + rebat tunai RM3,000
Toyota Camry 2.5 Hybrid: Rebat tunai RM4,500 ATAU penyelenggaran percuma selama 5 tahun + rebat tunai RM2,000
Toyota Innova: Rebat tunai RM2,000
Toyota Avanza: Rebat tunai RM1,000
Bukan itu sahaja, pelanggan yang menempah kenderaan sebelum 5 Julai akan mendapat duit Raya sehingga RM3,500. Promosi Duit Raya ini meliputi model tertentu daripada rangkaian Vios, Altis, Camry, Innova dan Avanza. Varian tertentu Hilux juga bakal menerima duit Raya sebanyak RM2,000.
“Sudah menjadi tradisi, ramai pembeli yang memilih untuk mendapatkan kenderaan baharu sempena Hari Raya. Jadi, UMW Toyota telah merangka program menarik seperti ini.
“Pelanggan boleh berjimat sehingga RM8,000 di samping menikmati jaminan 5 tahun tanpa had batuan,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.
Semua tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.
Sebagai tambahan, pemilik kenderaan Toyota juga ditawarkan harga istimewa untuk alat ganti tulen Toyota yang terpilih di semua pusat servis UMW Toyota di seluruh negara. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi premis Toyota berhampiran, layari laman web: www.toyota.com.my, hubungi TOYOTA FREEPHONE: 1800-8- TOYOTA (869682) TOYOTA atau e-mel ke customersupport@toyota.com.my












