Buletin

5STAR RAYA BONUS NAZA KIA

Tidak mahu ketinggalan dalam meraikan kehangatan menyambut Aidilfitri, Naza Kia telah melancarkan kempen 5Star Raya Bonus.

5Star-Raya-Bonus-Naza-Kia-mekanika

Dalam tempoh promosi yang terhad, pelanggan bakal menikmati pelbagai bonus tambahan seperti penyelenggaraan dan cukai jalan percuma selama 5 tahun, perlindungan Kia Cares untuk 5 tahun, jaminan 5 tahun serta duit raya sehingga RM10,000.

Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh memiliki Kia Cerato KX dari serendah RM79,000 sahaja. Bagaimanapun, tawaran ini terhad pada pembeli 100 unit yang terawal sahaja.

Kia-Rio-Sedan-X-mekanika (1)

Kempen 5Star Raya Bonus melibatkan model Kia Cerato, Kia Rio Sedan dan Kia Optima. Naza Kia menjanjikan pengalaman milikan Kia yang terbaik dengan tawaran penyelenggaraan percuma untuk 5 tahun dan perbatuan sehingga 100,000km (termasuk 2 servis major).

Kia Cares pula ialah perlindungan menyeluruh merangkumi kenderaan gantian dan tuntutan segera. Ia meliputi tuntutan total loss, kecurian, kebakaran, banjir dan bencana alam.

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.kia.com

Google ads
Back to top button