
PROTON BAGI ‘DUIT RAYA’ KEPADA PEMBELI KERETA DI BULAN MAC – TAWAR REBAT SEHINGGA RM15K!
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan dan Aidilfitri, PROTON memperkenalkan promosi istimewa yang memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan.
Kempen “Buka Lembaran Baharu” menawarkan rebat tunai menarik hingga RM10,000 serta sokongan tukar beli bagi pembeli kenderaan baharu di cawangan terpilih.
Masa Terbaik Memiliki SUV PROTON
Bagi peminat SUV, PROTON menawarkan tiga model pilihan dengan pelbagai keistimewaan. Model Proton X50 yang popular menerima rebat sehingga RM9,000, manakala tambahan sokongan tukar beli bernilai RM2,000 menjadikan jumlah penjimatan sehingga RM11,000.
Versi khas Proton X50 SE juga mendapat sambutan hangat sejak pelancarannya pada Januari lalu.

Bagi mereka yang mencari SUV lebih besar, Proton X70 2025 yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu turut hadir dengan rebat menarik.
Model ini menampilkan reka bentuk serta kecekapan bahan api yang dipertingkatkan. Dengan rebat tunai sehingga RM9,000 dan sokongan tukar beli RM2,000, pelanggan boleh menikmati jumlah penjimatan yang berbaloi.
Sementara itu, SUV segmen-D PROTON, iaitu Proton X90, memberikan tawaran lebih hebat dengan rebat tunai hingga RM10,000 dan tambahan sokongan tukar beli sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah keseluruhan penjimatan sehingga RM15,000.
Kemudahan Memiliki Sedan PROTON

Bukan hanya peminat SUV, malah pembeli sedan juga boleh menikmati tawaran menarik sepanjang promosi ini.
Model popular seperti Proton Saga, Proton Iriz dan Proton Persona hadir dengan rebat tunai RM1,000 serta sokongan tukar beli antara RM800 hingga RM1,000, memberikan jumlah penjimatan maksimum sehingga RM2,000.
Proton S70, sedan segmen-C yang mencatatkan jualan memberangsangkan sejak pelancarannya, menawarkan rebat tunai hingga RM8,000.
Selain itu, pelanggan varian Flagship X juga akan menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130 selain sokongan tukar beli RM2,000, menjadikan jumlah penjimatan sehingga RM13,000.
Dengan promosi ini, PROTON memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan baharu dengan lebih mudah, justeru memeriahkan lagi perjalanan balik kampung dan sambutan Aidilfitri tahun ini.
- BACA: SUAMI ISTERI WARGA EMAS DISYAKI LANGGAR LARI PEMANDU LORI
- BACA: ASTON MARTIN VALKYRIE MEMBUAT DEBUT DI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP (WEC) DI QATAR
- BACA: PROTON SAGA CKD RASMI DILANCARKAN DI MESIR, KUKUHKAN KERJASAMA PROTON DAN EZZ ELARAB
- BACA: SIME MOTORS PERKENALKAN EV NEXT, PUSAT JUAL BELI EV TERPAKAI DI MALAYSIA