
PROTON X70 DIEKSPORT KE INDONESIA TAHUN INI. DIPAMERKAN DI IIMS DAN GIIAS
Setelah melancarkan X70 ke pasaran tempatan, Proton tidak mahu menunggu lama dengan mengeskport ke pasaran pemanduan sebelah kanan di negara jiran terdekat.
Menurut laporan akhbar kompas, yang memetik kenyataan Pengurus Pemasaran Proton Edar Indonesia (PEI) Rully Septiadi, Proton akan dipamerkan pada pameran automotif terbesar Indonesia iaitu Indonesia International Motor Show (IIMS) dan Gaikindo Indonesia Auto Show (GIIAS) 2019.
“Pun begitu, saya belum dapat memberikan informasi lebih lanjut kerana perbincangan masih di peringkat pusat, belum sampai ke peringkat bawah, kemungkinan besar ada perbincangan lanjut setelah X70 dilancarkan di Malaysia, Ujar Rully.
Di Indonesia, Proton sudah mempunyai platform perniagaan, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jualannya tidak memberansangkan.
“Proton X70 adalah model global dan kalau ia dieksport, pasti kita akan menjualnya,”
Apabila PEI mengumumkan untuk menyertai IIMS yang akan berlangsung pada 25 April hingga 5 Mei nanti, ia memberi petanda awal bahawa X70 mungkin akan dibuka untuk tempahan. Kerana IIMS memang merupakan pameran automotif yang menkhusus kepada jualan kenderaan berbanding GIIAS yang lebih kepada pameran dan peragaan yang akan dilangsungkan pada penghujung tahun.