Buletin

PROTON IRIZ TERIMA ANUGERAH KERETA KOMPAK TERBAIK 2017

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd menerima satu lagi pengiktirafan untuk Proton Iriz. sebagai Kereta Kompak Terbaik pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017.

Model Proton Iriz yang diperbaharui ini, yang diperkenalkan di DRB-HICOM Autofest pada Mei 2017, telah dikeluarkan secara rasmi pada 5 Jun 2017. Acara yang telah diadakan di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya dianjurkan Kumpulan Media The Star.

Sejak pertama kali diperkenalkan di pasaran pada September 2014, PROTON telah menjual sejumlah 45,616 unit Proton Iriz, menjadikannya salah satu model Proton paling popular. Iriz juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

PROTON meneruskan usahanya dalam memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan pelanggan mereka dan sebagai Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di rantau ini, Proton Iriz dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam semua varian. Ini termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). Bagi varian Premium, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, manakala varian Standard dan Eksekutif pula dilengkapi dengan 2 beg udara.

BACA: PANDU UJI PROTON IRIZ

Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta ini ialah Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang diguna pakai oleh
PROTON. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini menjadikan kereta ini lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik Pelanggan berpeluang memandu uji Proton Iriz diperbaharui ini dan membuat tempahan di semua cawangan PROTON Edar dan siri jelajah PROTON di seluruh negara.

Iriz yang diperbaharui ini juga didatangkan dalam 4 varian – Standard 1.3L (MT & CVT), 1.3L Eksekutif CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 hingga RM58,800, dan boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu, Ruby Red (merah) dan Carnelian Brown (perang), di samping warna-warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey (kelabu), Atlantic Blue (biru) dan Cotton White (putih).

Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, PROTON turut memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan Servis 5 tahun percuma, waranti selama 5 tahun atau 150,000km (mana-mana yang terdahulu) serta model-model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Pemilik kereta Proton sedia ada juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 tambahan kepada promosi semasa apabila membeli kereta Proton baharu, dan promosi ini turut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka.

Sebagai tambahan kepada promosi semasa, PROTON juga sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang meliputi pusat membeli-belah dan lokasi-lokasi lain untuk mendekati para pelanggan. Lawati lokasi ini untuk menikmati tawaran disediakan.
Tarikh Lokasi
7 – 21 Okt Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
13 – 27 Okt Mydin USJ, Subang
17 – 29 Okt Setapak Central, Kuala Lumpur
24 – 29 Okt Wangsa Walk, Kuala Lumpur
25 – 30 Okt IOI City, Putrajaya

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel ke [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, para pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton Official, yang boleh didapati melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Google ads
Back to top button