Buletin

PUSAT 4S VOLKSWAGEN SETIA ALAM RASMI DIBUKA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Goh Brothers Motor telah melancarkan penambahan terbaharu dalam rangkaian Volkswagen iaitu Volkswagen Setia Alam. 

Ini merupakan pengedar sah Volkswagen yang ketiga oleh Goh Brothers Motor, selepas di Juru dan Ipoh, serta merupakan pengedar Volkswagen yang ke-18 di Malaysia.

Memiliki keluasan keseluruhan 60,000 kaki persegi, Volkswagen Setia Alam terdiri daripada sebuah bangunan empat tingkat yang hadir dengan indentiti korporat, kemasan dan peralatan terkini yang mematuhi standard ditetapkan oleh Volkswagen.

Sebagai sebuah pusat 4S, pemilik boleh mendapatkan semua keperluan kenderaan mereka di bawah satu bumbung – dari aspek jualan, servis, alat ganti hinggalah badan dan cat. Bilik pameran di Tingkat Mezzanine yang seluas 2,970 kaki persegi boleh mempamerkan sebanyak lapan buah kereta, lengkap bersama sebuah lounge untuk pengunjung berehat dan bersantai.

Pusat servis yang terdiri daripada dua tingkat seluas 10,200 kaki persegi dikendalikan oleh 15 orang kakitangan selepas jualan berpengalaman. Mereka boleh menyelenggara sehingga 30 unit kenderaan Volkswagensetiap hari.

Sempena pembukaannya, Volkswagen Setia Alam menjemput para pemilik Volkswagen yang masih belum menyelenggara kereta masing-masing selama enam bulan untuk mendapatkan pemeriksaan diagnostik 20 poin keselamatan secara percuma. Tawaran itu boleh dinikmati sepanjang bulan Oktober.

Pembukaan Volkswagen Setia Alam akan memberi khidmat kepada komuniti di bandar ini dan kawasan sekitarnya, termasuklah Shah Alam dan Klang. 

Volkswagen Setia Alam beroperasi dari Isnin hingga Ahad bermula 8:30am – 5:30pm (jualan). Sementara servis selepas jualan pula adalah pada Isnin hingga Sabtu bermula 8.30am – 5:30pm. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Google ads
Back to top button