Buletin

REBUT PELUANG KE JEPUN DENGAN SHELL ADVANCE

Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal di Malaysia, menganjurkan Peraduan Shell Advance Power On 2016. Jangan lepaskan peluang ini kerana anda berpeluang merebut hadiah utama melancong ke Jepun secara percuma pada Oktober hadapan.

Peraduan Shell Advance Power On 2016-mekanika (2)

Dua pemenang bertuah hadiah utama berkenaan juga berpeluang melihat penunggang Malaysia beraksi  pada pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance di litar lumba Twin Ring Motegi.

Shell Advance bekerjasama dengan pihak  GIVI untuk hadiah sagu hati. Antara hadiah yang menanti pemenang ialah 10 kotak Monolock, 20 unit topi keledar muka penuh, 30 unit baju hujan dan 50 unit beg sandang belakang.

Cara penyertaan mudah sahaja, pengguna perlu membeli pek 1 liter mana-mana minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra (Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7) bermula 1 April hingga 30 Jun 2016.

Lekatkan stiker yang diberikan dengan cara paling kreatif pada motosikal anda. Kemudian, rakam foto bersama keterangan gambar dan muat naik di laman Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #PowerOnShellAdvance.

Pengurus Besar Shell Lubricants Leslie Ng berkata, hadiah menarik yang ditawarkan dalam peraduan Shell Advance Power On 2016 bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna setia Shell Advance.

“Kami jangka peraduan tahun ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana tiada jenama lain yang menawarkan ganjaran sehebat kami di Shell. Kami harap dapat melihat penyertaan yang benar-benar kreatif  dan membawa pemenang ke Jepun,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advance

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button