Buletin

VARIAN ASAS TESLA MODEL 3

Tesla Motors mendedahkan  Tesla Model 3 di studio rekaan Hawthorne, California. Model berkenaan bakal dihasilkan di kemudahan Tesla di Fremont, California lewat tahun 2017.

Tesla-Model-3-mekanika (5)

Tesla Model 3 akan diposisikan sebagai model peringkat asas. Direka hampir sama dengan model Tesla yang lain, model berkenaan tampil dengan rekaan tersendiri.

Ia hadir dengan rekaan fluidic yang menyerlahkan imej futuristik. Bahagian kabin kelihatan berbeza dengan Model S dan Model X.

Tesla-Model-3-mekanika (1)

Kabin yang ringkas itu mengetengahkan stereng rata dua jejari dan skrin berwarna besar di konsol tengah yang kelihatan seakan-akan sama dengan Microsoft Surface Pro.

Harga model pengenalan tersebut dianggarkan sekitar AS$35,000 (RM136,000) seunit.

Tesla-Model-3-mekanika (3)

Bagaimanapun, spesifikasi lengkap Tesla Model 3 masih belum didedahkan. Dengan sekali cas penuh, model tersebut didakwa mampu bergerak sejauh 346km. Pecutan dari sifar sehingga 97km/j pula dapat dicapai dalam tempoh 6 saat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button