PERMINTAAN SHELL RIMULA MENINGKAT, MAMPU JIMAT KOS PEMILIKAN
Shell Malaysia menyifatkan kejayaan jenama minyak enjin tugas berat (HDDEO) Shell Rimula tahun lalu di Malaysia sebagai hasil kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama dengan rakan niaga syarikat terebut.
Shell yang merupakan pembekal pelincir nombor satu dunia selama 16 tahun berturut-turut, juga melihat adanya peluang pertumbuhan dalam segmen HDDEO sintetik premium, terutamanya didorong oleh permintaan industri pengangkutan.
Tambahnya lagi, permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian boleh mempertingkatkan kecekapan bahan api termasuk menghasilkan emisi lebih rendah.
“Kami menghargai semangat dan sokongan padu mereka sekaligus meletakkan Shell Rimula sebagai HDDEO terlaris di Malaysia serta membolehkan jenama ini kekal di kedudukan tersebut tahun demi tahun.
“Kerjasama erat dijalinkan selama ini menjadikan kita kian mantap dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar di peringkat global dan tempatan,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.
“HDDEO berkualiti tinggi seperti Shell Rimula memainkan peranan penting dalam menyokong operasi kenderaan diesel serta menggerakkan ekonomi, pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon industri,” tambah beliau.
Sektor pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada prestasi Shell Rimula bagi tahun ini. Rangkaian pelincir sintetik premium jenama ini terbukti mampu membantu pemilik flit beroleh keuntungan tanpa mengorbankan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.
Dalam percubaan sebenar di lapangan yang melibatkan pemilik flit Malaysia di seluruh negara, pelincir sintetik seperti Shell Rimula R4 Plus, Rimula R5 LE dan Rimula R6 LM berupaya memberikan penjimatan kos begitu signifikan.
Bukan itu sahaja, ia turut memberi perlindungan enjin yang unggul daripada kehausan dan keupayaan untuk kekal dalam gred lebih lama.
Menurut Shell, ia berupaya membantu memanjangkan selang penukaran minyak supaya kenderaan boleh beroperasi lebih lama dan jumlah kos pemilikan dapat dikurangkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Rimula, sila layari www.shell.com/rimula.