
SHELL LANCAR PROGRAM ACCELERATE TO ZERO (A2Z)
Shell Malaysia menerusi Shell Fleet Solutions, hari ini secara rasmi melancarkan Program Accelerate to Zero (A2Z) di Malaysia.
Program A2Z oleh Shell direka bagi membantu pemilik pengangkutan fleet mengoptimumkan operasi, mengembangkan perniagaan dan mencapai matlamat kemampanan mereka.

Pelancaran A2Z menyaksikan Shell Fleet Solutions beralih daripada menjadi pembekal kad bahan api tradisional kepada menjadi rakan pilihan untuk penyelesaian serba lengkap, pintar dan mampan yang terdiri daripada:
- Shell Card – Shell Card yang diperkemas menjadi kunci kepada semua penyelesaian dan membolehkan integrasi perbelanjaan mobiliti harian pengangkutan fleet. Ini termasuklah perbelanjaan bahan api, telematiks, pelincir serta mengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh rangkaian Shell.
- Shell Recharge – Ekosistem mengecas EV Shell menyediakan pengangkutan fleet korporat dengan pakej lengkap perkakasan, perkhidmatan perisian dan penyelesaian sokongan di mana ia direka untuk memenuhi keperluan infrastruktur EV.
- Shell Telematics – Penyelesaian ini menggabungkan data Shell Card yang bersepadu, penjejakan kenderaan secara ‘langsung’, pengawasan prestasi kenderaan serta banyak lagi bagi memberikan kenderaan fleet korporat dengan data penting dan risikan perniagaan bagi membantu mencapai tahap kemampanan lebih tinggi.
- Pemampasan Karbon –Pelanggan kini boleh memilih untuk membuat pampasan pelepasan karbon daripada pembelian bahan api mereka melalui kredit karbon yang dijana oleh projek-projek Shell.

Menurut Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, penyelesaian bersepadu disediakan bertujuan untuk memudahkan dan memperkasakan pemilik kenderaan fleet dalam membuat keputusan perniagaan lebih baik.
Tambahnya lagi, Shell sedia untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi pemilik kenderaan fleet di Malaysia apabila mereka beralih ke arah pengurangan karbon dan mempercepatkan pertumbuhan.
- BACA: SHELL PERKENAL RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KERETA. NIKMATI DISKAUN 20%
- BACA: SHELL FUELSAVE 95 GALAK RAKYAT MALAYSIA NIKMATI PERJALANAN LEBIH JIMAT, LEBIH JAUH
- BACA: SHELL LANCAR MINYAK SHELL FUELSAVE 95 BAHARU – 15KM LEBIH JAUH DENGAN SETIAP TANGKI PENUH
- BACA:SHELL APP RASMI DILANCARKAN. ISI MINYAK LEBIH SELAMAT, BANYAK GANJARAN TERSEDIA