
RICHARD BRANSON SELAMAT LENGKAPKAN MISI ANGKASA LEPAS
Hartawan Richard Branson melengkapkan misi angkasa lepas, apabila pesawat angkasa Virgin Galactic berjaya mendarat di Spaceport, New Mexico.
Beliau bersama lima anggota pasukannya berada di angkasa lepas buat beberapa ketika, sebelum meluncur turun ke atmosfera bumi.
Terdahulu, Branson mencipta sejarah apabila menjadi hartawan pertama di dunia yang menerokai angkasa lepas.
Branson, 70, berlepas dari Spaceport America di New Mexico pada pukul 10.44 malam Ahad waktu Malaysia.

Turut mengikuti Branson dalam misi angkasa tersebut ialah Ketua Pengajar Angkasawan di Virgin Galactic, Beth Moses; ketua jurutera operasi Virgin Galactic, Colin Bennett dan Naib Presiden hal ehwal dan penyelidikan kerajaan Virgin Galactic, Sirisha Bandla.
“Sejak kecil lagi, saya mengimpikan momen ini. Secara jujur, tidak ada apa yang dapat mempersiapkan anda melihat bumi dari angkasa,” katanya. –CNBC/awani
- BACA: PEMBIDA MISTERI BAYAR RM115 JUTA MENGEMBARA KE ANGKASA BERSAMA JEFF BEZOS
- BACA: TRAILER TERBARU FAST & FURIOUS 9 MUNCUL – JADI KE TERBANG KE ANGKASA NI?
- BACA: HYUNDAI TEASER MPV STARIA. REKAAN KAPAL ANGKASA DAN FUTURISTIK
- BACA: BILIONAIR KEDEKUT DIKECAM MOHON DANA KERAJAAN UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA