
HYUNDAI TEASER MPV STARIA. REKAAN KAPAL ANGKASA DAN FUTURISTIK
Pengeluar kenderaan Korea Selatan mendedahkan gambar teaser model MPV terbaharu yang dikenali sebagai Staria.
Menurut Hyundai model Staria itu menampilkan rekaan luaran seperti kapal angkasa. Betul ke tidak, kena tunggu pelancaran nanti.
Bahagian hadapan kenderaan terbaharu itu dilengkapi jalur lampu nyalaan siang LED yang nipis manakala lampu utama terletak kemas pada rekaan gril hadapan.

Ciri-ciri keselamatan termasuk radar sistem kawalan cruise dipadankan pada bahagian bawah nombor plat.
Selain itu, ia turut didatangkan jarak overhang pendek bagi memastikan ruang kabin lebih luas.
Bagi ruang dalaman, papan pemuka Staria memiliki unit skrin infotainment yang agak besar pada bahagian tengah dan butang seleksi pemanduan RND berwarna perak yang menggunakan rekaan sama seperti SUV Santa Fe.

Bahagian tempat duduk hadapan menawarkan tempat rehat tangan kepada pemandu dan penumpang.
Memasuki tempat duduk baris kedua menampilkan konfigurasi tempat duduk jenis kapten lengkap dipadankan tempat rehat tangan dan kaki.
Buat masa ini, Hyundai masih belum mendedahkan secara rasmi spesifikasi teknikal model Staria tersebut. – Motor1
- BACA: HYUNDAI TERIMA LEBIH 236K PERTANYAAN TENTANG IONIQ 5. PALING TINGGI SETAKAT INI
- BACA: TERJATUH KE CERUN, MANGSA KEMALANGAN PANDU HYUNDAI SONATA HANYA TINGGAL TENGKORAK
- BACA: MALAYSIA MASIH DESTINASI PELABURAN DI ASIA. JANGAN BUAT ANDAIAN PEMINDAHAN HQ HYUNDAI KE INDONESIA
- BACA: PERBINCANGAN SUDAH TAMAT. HYUNDAI TIDAK SUKA DILAYAN SEPERTI PEMBEKAL APPLE