Buletin

PEMBIDA MISTERI BAYAR RM115 JUTA MENGEMBARA KE ANGKASA BERSAMA JEFF BEZOS

Seorang pembida misteri membayar AS$28 juta (RM115 juta) dalam lelongan mengembara bersama Jeff Bezos ke angkasa lepas dalam penerbangan pertama disertai kru yang dilancarkan Blue Origin.

Proses bidaan menarik minat lebih daripada 140 negara di seluruh dunia.

Pengarah Jualan Blue Origin, Ariane Cornell berkata, pembida itu akan menyertai adik-beradik tersebut bersama seorang lagi individu dalam penerbangan kru sulung ke angkasa lepas.

Menurut Cornell, identiti pemenang satu tempat duduk dalam kapsul New Spehard itu akan didedahkan dalam beberapa minggu lagi.

Pembida itu berjaya menewaskan kira-kira 20 pesainganya dalam lelongan yang bermula pada 19 Mei lalu.

Setakat Khamis lalu, bidaan tempat duduk itu mencecah sebanyak AS$4.8 juta (RM19.72 juta).

Hasil kutipan wang itu akan disumbangkan kepada yayasan Blue Origin, Club for the Future yang bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Pengasas Amazon itu memaklumkan beliau bersama adiknya, Mark Bezos akan `melancong’ ke angkasa lepas pada 20 Julai depan dengan menaiki kapsul dikenali New Shepard.

Perjalanan ke angkasa lepas itu akan mengambil masa sepuluh minit dengan empat penumpang dibawa mengelilingi garis Karman yang menandakan sempadan antara atmosfera Bumi dan angkasa lepas. – agensi

Google ads
Back to top button