Buletin

14 CEDERA DALAM NAHAS DUA BAS BERTEMBUNG DI SINGAPURA

Seramai 14 cedera termasuk lima daripadanya serius selepas terbabit dalam satu nahas jalan raya melibatkan dua buah bas di Singapura.

Nahas berlaku di Bukit Batok Bus Interchange, menurut Anggota Parlimen Bukit Batok Murali Pillai di Facebooknya.

 Bagaimanapun,  beliau berkata “kecederaan mangsa tidak mengancam nyawa”.

Murali turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang bertindak pantas. 

Sementara itu, The Straits Times melaporkan nahas berlaku kira-kira 5 petang dan bas berkenaan dikendalikan Tower Transit.

Memetik jurucakap syarikat berkenaan, 16 orang terlibat dalam nahas itu, dua pemandu dan 14 penumpang. – Bernama/The Straits Times

Google ads
Back to top button