
TRAILER TERBARU FAST & FURIOUS 9 MUNCUL – JADI KE TERBANG KE ANGKASA NI?
Sewaktu trailer awal filem ini muncul tahun lepas ramai yang dah terlopong dan ternganga dengan aksi-aksi yang bakal disajikan. Bukan hanya pengenalan watak baru yang dilakonkan oleh John Cena tapi kemunculan semula Han yang kononnya dan mati sebelum ini. Walaupun plot cerita ni memang makin melalut tapi sebagai sebuah flem aksi kereta ia memang ditunggu ramai peminat.

Setelah banyak kali ditunda tayangannya dan jika segalanya berjalan dengan lancar, ia akan menemui kita semua di pawagam bulan Jun ini. Tak lama dah tu. Harap-harap pandemik segera berakhir. Tengok dulu trailer ini dan anda boleh Nampak kenapa ia berbaloi untuk ditonton.
Okey, apa senjata sulit kali ni? Sebab dalam trailer pun dah tunjuk tak ada masalah masalah kalau kami nak bagi tahu pun. Magnet. Ya, magnet kuasa tinggi yang digunakan oleh Toretto untuk menewaskan dua buah SUV. Mana pernah orang buat lagi setakat ni kan?

Kalau korang rasa filem ni dah abis modal untuk aksi stunt, memang silap la. Kali ini muncul sebuah Pontiac Fiero berkuasa roket yang mampu meluncur ke udara sekali gus membuatkan aksi payung terjun kereta dalam filem Furious 7 kelihatan macam aksi drama bersiri. Satu je persoalan, adakah ia akan meluncur keluar dari atmosfera bumi? Yang tu kami pun tak tahu.
Aksi kereta lain tak payah cerita la, Toyota 86 kena tarik menerusi bangunan sampai langgar trak yang memakan masa 8 bulan untuk dilaksanakan dan pelbagai aksi lain yang mampu membuatkan Michael Bays ternganga mulut sampai masuk lalat.

Ada juga adegan yang didedikasikan khas untuk mendiang Paul Walker dengan aksi Nissan Skyline GTR biru dan Toyota GR Supra oren dipandu Hans yang menyamai warna Supra asal yang digunakan oleh Walker dalam filem F&F pertama. Tapi macam biasa, GR Supra ini pun tak panjang hayatnya dalam filem ini. Aduh.