Buletin
SALADIN RALLYING AKAN SEKALI LAGI BERKELANA KE RAAT THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP HUJUNG MINGGU INI
Dalam keadaan umat Islam sedang sibuk untuk mempersiapkan diri untuk menyambut perayaan Hari Raya Eidulfitri dengan memberi pelbagai keperluan, tetapi lain pula kisahnya dengan pasukan rali terkemuka tanahair, Saladin Rallying. Pasukan yang berpangkalan di Tanamera ini sebenarnya sedang mempersiapkan pasukan untuk menyertai perlumbaan pertama RAAT Thailand Rally Championship pada hujung mingg ini (6 & 7 April 2024).
- Mungkin kedengaran sedikit gila, tapi itulah hakikatnya. Saladin Rallying sedang mempersiapkan diri untuk menyertai perlumbaan pembuka tirai TRC 2024 yang akan bermula selang beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Jangan – jangan sambut Hari Raya di perantauan agaknya.
- Seperti biasa, Saladin Rallying akan mempertaruhkan sang lagenda Saladin Mazlan yang akan berpasangan Juruarah dari Thailand Ittipon SimaraksĀ yang mana mereka pernah mencatatkan kemenangan podium sewaktu perlumbaan di Kanchanaburi dengan memandu Subaru Impreza GC8.
- Seorang lagi pemandu yang akan turut serta adalah Ibrahim Saladin yang juga merupakan anak kepada Saladin Mazlan sendiri. Beliau akan berpasangan dengan Juruarah yang cukup berpengalaman, Arish Qutb bersama jentera Proron Satria Neo.
- Sebelum menuju ke Thailand, kedua kedua jentera ini telah ditala semula agar lebih laju dan mantap termasuklah penggunaan sistem suspensi yang baharu.
- Perlumbaan pembuka tirau RAAT TRC 2024 ini akan diadakan di provinsi Chacheongsao yang berjarak kira kira 1,600 km dari Tanamera Sg Buloh. Dan pasukan Saladin Rallying akan bergerak menuju ke sana dengan menggunakan jalan darat. Menurut tuan Pengurus Nik Ammar yang dihubungi memaklumkan, tempoh masa perjalanan akan mengambil masa lebih kurang tiga hari juga untuk tiba. Maka, mereka akan mula bergerak menuju ke sana lebih awal.
- Sebagai persediaan, kedua dua pasangan anak beranak ini telah pun sempat membuat sesi ujian persendirian di kawasan persekitran Tanamera yang juga merupakan kediaman Saladin Mazlan bagi menguji Subaru Impreza GC8 dan juga Proton Satria Neo telah ditala semula serta menggunakan sistem suspensi baharu khabarnya. Untungkan, boleh buat sesi Shakedown di lokasi sendiri, mungkin kita sebenarnya memerlukan suatu trek rali rasmi bagi kegunaan mereka yang terbabit dengan kadar sewa yang lebih berpatutan.
- Apa pun, selamat maju jaya buat Saladin Rallying. Semoga podium hendaknya. Ayuh kibarkan bendera Malaysia di bumi Thailand!
BACA : SALADIN MAZLAN MELAKUKANNYA SEKALI LAGI. PODIUM DI RAAT THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP RD. 4
BACA : SALADIN MAZLAN CEMERLANG DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP; KEDUA KESELURUHAN & PERTAMA DALAM KELAS RC1