Buletin
SALADIN RALLYING AKAN KEMBALI MENGIBARKAN JALUR GEMILANG DI RAAT THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP DI KANCHANABURI
Pasukan Saladin Rallying sahih akan kembali mengibarkan cabaran Jalur Gemilang pusingan keempat RAAT Thailand Rally Championship pada 16 & 17 September nanti yang akan berlangsung di Wilayah Kanchanaburi yang terletak kira – kira 1,482 km dari pusat pangkalan mereka di Tanamera.
- Untuk rekod, sebelum ini pasukan Saladin Rallying melalui Saladin Mazlan telah pun turut sama beraksi di pusingan ketiga RAAT Thailand Rally Championship ketika di Wilayah Lopburi dan berjaya meraih keputusan pertama dalam kelas dan kedua keseluruhan. Cuma nasib malang menimpa anaknya Ibrahim Saladin gagal menamatkan saingan setelah terlibat dengan insiden di sana.
- Untuk pusingan keempat dan terakhir dalam kalender Thailand Rally Championship ini, Saladin Rallying sekali lagi akan diwakili oleh Saladin Mazlan dan anaknya Ibrahim Saladin yang kekal akan beraksi bersama Juruarah yang sama sebelum ini Ittipon Simaraks dan juga Arish Qutb/.
- Saladin Mazlan sekali lagi akan menggunakan jentera Subaru GC8 yang akan disediakan oleh Secret Service Garage (SSG).
- Manakala anak beliau Ibrahim Saladin akan turut kembali menggunakan jentera Proton Satria Neo.
- Saladin yang akan beraksi dalam kelas RC1, akan menghadapi saingan terhadap jentera jentera yang lebih moden dan mahal seperti Toyota C-HR AP4, Mitsubihsi Evo 10, Mitsubishi Evo 6 dan juga Subaru GDB.
- Manakala Ibrahim akan beraksi dalam kelas RC2.1 akan menghadapi tentang daripada jentera seperti Suzuki Swift dan juga Honda Brio yang merupakan antara model popular untuk dijelmakan sebagai jentera rali.
- Sejumlah 58 penyertaan jentera rali telah disahkan untuk menyertai perlumbaan terakhir dalam kalendar RAAT Thailand Rally Championship ini membabitkan pelumba dari tuan rumah Thailand, Indonesia, Jepun dan juga dari Malaysia.
- Sebelum menyertai, Saladin Mazlan terlebih dahulu melakukan Shakedown di Tanamera yang cukup terkenal sebagai kegiatan rali di sana. Katanya, untuk mendapatkan talaan yang sedap untuk sistem suspens daripada QED. Dapat dilihat juga apabila Saladin Mazlan sendiri memilih laluan yang lebih mencabar di perkarangan rumah beliau untuk menguji kesedapan sistem suspensi yang dipilih.
- Untuk pasukan Saladin Rallying ini, tugasan Pengurus Pasukan sekali lagi telah diserahkan kepada seorang lelaki yang cukup kacak bergaya, Nik Ammar.
- Oh ya, tahukah anda bahawa pergerakan pasukan Saladin Rallying ini akan menggunakan jalan darat menuju ke lokasi perlumbaan dengan Ibrahim akan memandu sendiri Proton Satria Neo tersebut. Tak sakit tulang belakang pula si Ibrahim ni kan?
- Pasukan Saladin Rallying kini telah diperkuatkan dengan seorang anak muda yang juga merupakan pemandu rali Hashrul Jamaludin yang akan bertanggungjawab untuk mendokumentasikan video dan visual untuk pasukan. Tambahan lagi Hashrul Jamaludin ini sebenarnya turut pernah beraksi di Thailand sebelum ini.
Selamat maju jaya diucapkan. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang sekali lagi di bumi Thailand.
BACA : SALADIN MAZLAN AKAN KEMBALI SEMULA KE PENTAS RALI ANTARABANGSA
BACA : SALADIN MAZLAN CEMERLANG DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP; KEDUA KESELURUHAN & PERTAMA DALAM KELAS RC1