Buletin

SALADIN MAZLAN MELAKUKANNYA SEKALI LAGI. PODIUM DI RAAT THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP RD. 4

Saladin Mazlan sekali lagi berjaya meletakkan Malaysia di peta kejayana  pada hujung minggu Hari Malaysia dalam perlumbaan rali batu kelikir dengan mendapatkan penamat podium. Saladin Mazlan menduduki tempat kedua dalam kelasnya dan kedua keseluruhan daripada keseluruhan 58 buah kereta RAAT Thailand Rally Championship pusingan 4 di Wilayah Kanchanaburi, Thailand.

Ini adalah penamat podium kedua beliau di atas permukaan berbatu kerikil yang juga merupakan kali kedua memandu kereta rali Subaru Impreza versi 3 berbanding kereta rali lain yang lebih moden dan lebih laju. Selain daripada pemandu tuan rumah, juga terdapat juga pemandu dari Jepun, India, Indonesia yang turut sama beraksi.

Ianya bukanlah perlumbaan mudah buat Saladin. Awal dari peringkat pertama perlumbaan keretanya mengalami masalah dengan sistem suspensi. Hanya 30 kereta daripada 58 kereta berjaya menamatkan rali. Saladin juga sempat mengalami satu lagi detik cemas di peringkat 2 apabila keretanya  mengalami masalah elektrikal. Bagaimanapun, Saladin dan Juruarah dari Thailand, Ittipon Simaraks berjaya menyelesaikan masalah itu sendiri dan meneruskan semua peringkat tanpa sebarang masalah mekanikal lain.

Pengalaman Saladin selama bertahun-tahun memandu pelbagai kereta rali, dari kereta WRC ke kereta stok, dari JWRC hingga APRC yang membolehkannya menguruskan situasi dengan keretanya dan persaingan.

Kemunculannya pada acara itu juga dimungkinkan oleh Northwestern Energy yang telah menaja beliau untuk kembali ke rali kompetitif dengan percubaan kedua dalam rali Thailand ini.

Ironinya ianya adalah perlumbaan  bapa dan anak berlumban di Kanchanaburi kali ini sekali lagi. Anak lelakinya, Ibrahim Saladin, seorang pelajar berusia 21 tahun, memandu Proton Satria Neo untuk percubaan kali kedua untuk rali berbatu kerikil ini.

Dibimbing oleh Juruarah berpengalaman, Arish Qutb yang pernah memandu bersama bapanya, pasangan itu melakukan pemanduan yang memberi kesan sebelum mengalami masalah dengan driftshaft seawal peringkat pertama perlumbaan sekali gus terpaksa menarik diri. Ia adalah keluk pembelajaran untuknya dan dengan bapanya, Saladin menjadi mentornya, hanya menunggu masa sehingga dia akan menunjukkan kehebatannya dalam perlumbaan akan datang.

Akhirnya, ia adalah perlumbaan yang sangat diingati dan berjaya untuk pasukan Saladin Rallying. Masa yang tepat kerana ia masih dalam hujung minggu Hari Malaysia. Saladin juga menyatakan bahawa penamat podium ini didedikasikan untuk rakan karibnya dan seseorang yang pernah menjadi Juruarah, mendiang Jagdev Singh yang telah meninggal dunia bulan lalu.

Kini Saladin Rallying tidak sabar untuk menyertai kembali RAAT Thailand Rally Championship tahun hadapan. Terdapat juga rancangan lain untuk menyertai acara rali Indonesia dan Asia Pacific Rally Championship pada tahun hadapan.

BACA : SALADIN MAZLAN CEMERLANG DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP; KEDUA KESELURUHAN & PERTAMA DALAM KELAS RC1

BACA : KBS RALLY SPRINT 2022 Rd.2 – SIAPA YANG MENANG KALI INI? SALADIN MAZLAN LAGI KAH?

Google ads

B K

Back to top button