Motosikal

KAWASAKI JOHOR BAHRU DIRASMIKAN, SERAH TIGA UNIT PERTAMA NINJA ZX-25RR

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan pusat pameran All-Star keempat di Malaysia menerusi Kawasaki Johor Bahru. 

Majlis pembukaan rasmi pusat pameran tersebut diraikan Pengarah Kawasaki Johor Baharu, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran, George Kashiwagi. 

Ketika pelancaran, Kawasaki Johor Baharu turut menyerahkan tiga model Kawasaki Ninja ZX-25RR kepada pemilik pertama di negeri itu. 

Selain itu, turut memeriahkan perasmian Kawasaki Johor Baharu adalah penganjuran beberapa aktiviti termasuk tunggang uji, cabutan bertuah dan banyak lagi. 

Menurut EMOS dalam satu kenyataan, terdapat perancangan untuk membuka lapan lagi pusat pameran All-Star Kawasaki menjelang Disember tahun ini. 

Google ads
Back to top button