
PROTON SUMBANG BUKU, DANA ZAKAT SEBANYAK RM10K UNTUK SMK PROTON CITY
PROTON menunjukkan komitmennya terhadap pendidikan melalui sumbangan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim.
Selain itu, PROTON turut memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf kemudahan surau di dalam premis sekolah.
Sumbangan itu terdiri daripada pelbagai bahan bacaan pendidikan termasuk buku rujukan hingga kesusasteraan.
Bahan bacaan itu diperoleh melalui kempen derma buku antara syarikat dengan lebih daripada 500 buku-buku disumbangkan oleh kakitangan PROTON.

Menurutnya, ini sejajar dengan visi PROTON untuk memperkasakan generasi muda melalui pengetahuan dan pembelajaran.
“Di PROTON, kami percaya dalam transformatif pendidikan. Dengan memberikan akses rangkaian buku yang lebih luas kepada pelajar, kami yakin dapat memberi inspirasi kepada pelajar,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.
Dengan kerjasama yang rapat dengan SMK Proton City, PROTON berusaha untuk menyokong para pendidik dalam misi mereka untuk mendidik generasi akan datang.
Pengetua SMK Proton City Zalina Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan PROTON dan menyedari impak ketara akan berlaku terhadap program pendidikan mereka.
“SMK Proton City dan PROTON mempunyai hubungan yang rapat dengan kira-kira 200 pelajar daripada keluarga pekerja PROTON,” katanya.
“Selama ini, PROTON, Kesatuan Sekerja dan kakitangannya telah menyokong sekolah dan hari ini, kami amat berterima kasih atas sumbangan buku yang begitu banyak sekali.”
Seiring dengan sumbangan buku itu, PROTON turut menyerahkan Dana Zakat sebanyak RM10,000 kepada surau SMK Proton City.
Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan surau bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menunaikan solat dan aktiviti lain.
- BACA: SALADIN RALLYING AKAN SEKALI LAGI BERKELANA KE RAAT THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP HUJUNG MINGGU INI
- BACA: KAWASAKI JOHOR BAHRU DIRASMIKAN, SERAH TIGA UNIT PERTAMA NINJA ZX-25RR
- BACA: DAIHATSU CIPTA ERA BAHARU DI INDONESIA, PERKENALKAN TEKNOLOGI TERKINI, TRANSMISI D-CVT BAHARU
- BACA: BUDAK 9 TAHUN PANDU KERETA KE SEKOLAH, LANGGAR KERETA PERONDA – CARI PENYAKIT KAU, DIK









