
Buletin
SALADIN MAZLAN CEMERLANG DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP; KEDUA KESELURUHAN & PERTAMA DALAM KELAS RC1
Saladin Mazlan mencipta sejarah buat dirinya pada hujung minggu dalam rali batu apabila dia mendapat tempat kedua keseluruhan dan pertama dalam kelasnya daripada sejumlah 65 buah kereta dalam kejohanan RAAT Thailand Rally Championship, pusingan 3 di Wilayah Lopburi, Thailand.
Ia adalah pemanduan kompetitif pertamanya di atas batu kelikir selepas berehat sekian lama daripada perlumbaan rali secara kompetitif. Menjadikannya lebih bermakna, Saladin hanya memandu kereta rali Subaru Impreza versi 3 yang berusia 27 tahun yang disewa berbanding dengan pencabar lain yang memandu kereta rali yang lebih moden dan juga laju.
Perlumbaan ini sendiri mempunyai cabaran tersendiri berikutan hujan lebat beberapa hari sebelum mengakibatkan peringkat pertama perlumbaan terpaksa dibatalkan. Hujan menjadikan laluan berlumpur dan licin yang menjejaskan ramai peserta dengan hanya 41 buah kereta menamatkan rali. Saladin bersama Juruarah tempatan, Ittipon Simaraks turut mengalami masalah seawal peringkat kedua apabila enjin keretanya terlalu panas. Bagaimanapun, keduanya berjaya menyelesaikan masalah tersebut sendiri dan kembali memandu kereta rali untuk melepasi semua peringkat tanpa sebarang masalah mekanikal lain.
Ia adalah pengalaman Saladin selama bertahun-tahun memandu pelbagai kereta rali dari kereta WRC ke kereta pengeluaran pada acara perlumbaan antarabangsa dari JWRC hingga APRC. Kemunculan Saladin pada acara rali ini dimungkinkan dengan Northwestern Energy, SLAE Cosmetic and Seers yang bertindak sebagai penaja ketika kemunculan semula pentas rali antarabangsa.
Secara kebetulan, pasukan Saladin Rallying ini turut diwakili bapa dan anak turut hadir di Lopburi untuk Kejohanan Rali Thailand ini. Anak lelakinya, Ibrahim Saladin, seorang pelajar berusia 21 tahun memandu Proton Satria Neo untuk percubaan kali kedua pada rali berbatu kelikir ini.
Dibimbing oleh Juruarah pengalaman, Arish Qutb yang pernah memandu bersama bapanya, pasangan itu melakukan pemanduan yang handal sebelum laluan licin dan berlumpur memaksa mereka untuk akur menarik diri daripada perlumbaan ketika bersaing peringkat keempat dan berada di kedudukan kesembilan dalam kelas. Ia merupakan salah satu daripada keluk pembelajaran untuknya dan dengan bapanya, Saladin menjadi mentornya. Hanya masa sahaja dia akan menentukan kejayaan di masa hadapan dalam sukan rali ini.
Melengkapkan persembahan yang baik untuk penyertaan Malaysia, Hj Sutan Mustaffa bersama Juruarah Shahrol Zainal dalam Subaru Impreza v8 menamatkan rali mereka dengan tempat keenam dalam kelas dan kedudukan ke-12 keseluruhan. Ezamin Ezham dan Fazrul Akmal, yang turut menyertai rali ini bersama Perodua Myvi 4wd juga berakhir dengan yakin apabila berjaya menamatkan rali walaupun mengalami masalah mekanikal sepanjang rali. Khabarnya air radiator Myvi beliau kering sepanjang perlumbaan namun tetap berjaya ke garisan penamat.
Akhirnya, ia adalah acara yang tidak dapat dilupakan dan berjaya untuk pasukan Saladin Rallying dan juga pemandu Malaysia secara keseluruhannya pada hujung minggu yang lalu. Pasukan ini kini tidak sabar untuk menyertai baki Kejohanan Rali Thailand 2023 sambil membuat perancangan untuk menyertai rali Indonesia dan Kejohanan Rali Asia Pasifik pada tahun depan.
BACA : SALADIN AKAN KEMBALI SEMULA KE PENTAS RALI ANTARABANGSA
BACA : KBS RALLY SPRINT RD 1 – SALADIN MAZLAN MENANG DENGAN BERGAYA




