Buletin

SELEPAS 22 TAHUN TOYOTA LC PRADO TIADA TAYAR GANTI DI BELAKANG

Identiti untuk sebuah kereta yang ikonik begitu penting. Bayangkan Porsche merubah bentuk 911 ala kereta super seperti Lamborghini atau Ferrari. MINI Cooper pula diubah kepada bentuk sedan. Jika ini berlaku pasti bergegar syarikat pengeluar dikritik hebat.

Identiti bukan sahaja pada reka bentuk tetapi juga pada kelengkapan. Sebagai contoh sejak 22 tahun lalu Toyota LandCruiser Prado di Australia dilengkapi dengan tayar ganti pada pintu kargo belakang (tailgate).

Nampaknya Toyota cuba bereksperimen apabila selepas ini tiada lagi tayar ganti dipasangkan pada LC Prado.

Di manakah tayar ganti itu diletakkan? Sama seperti kebiasaan SUV atau MPV lain, tayar kelima itu akan diletakkan di bawah lantai belakang.

Salah satu kenapa tayar ganti dialihkan ialah supaya pintu belakang lebih ringan dan mudah untuk dibuka terutama sekali apabila Prado diparkir di kawasan curam.

Bukan sahaja lebih ringan, bukaan belakang juga boleh dibuat melalui tingkap kaca tanpa keseluruhan pintu dibuka.

Pilihan ini diberikan kepada varian GXL, VX dan Sahara transmisi automatik selepas diperkenalkan pada model edisi istimewa Prado tahun 2014, 2015 dan 2017.

Selain itu, Prado sebenarnya adalah SUV keluarga yang canggih dengan tujuh tempat duduk, tiga zon penyaman udara, amaran pelanggaran dengan pengecaman pejalan kaki, brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah aktif dan amaran penukaran laluan.

LC Prado juga adalah SUV sejati yang digerakkan oleh pacuan 4WD sepenuh masa. SUV ini digerakkan oleh enjin 2.8 liter diesel turbo berkuasa 450 Nm dari 1,600 rpm sehingga 2,400 rpm (420 Nm @ 1400-2600 rpm – manual).

Toyota LandCruiser Prado sememangnya diminati ramai, sejak pertama kali diperkenalkan jualan kumulatif sudah pun mencecah 280,000 unit. LC Prado juga adalah model terlaris dalam segmennya untuk lapan tahun sejak sepuuh tahun lalu.

Teka teki tekuk, cuba periksa harga Toyota LandCruiser terpakai dalam web jualan kenderaan. Mahal ya amat.

BACA: TOYOTA STARLET EP71 TURBO. EH. MANA PINTU BELAKANG?

BACA: TOYOTA COROLLA AUTO STRADA – SENTUHAN MNIMALIS USDM

Google ads
Back to top button