Modifikasi

TOYOTA COROLLA AUTO STRADA – SENTUHAN MNIMALIS USDM

Walaupun sudah berusia 25 tahun, model Corolla generasi ke-7 ini masih mendapat tempat dan memiliki peminatnya yang tersendiri. Selain faktor jenama, ketahanan dan harga, ia juga mempunyai saiz yang agak sesuai untuk dimajukan sebagai sedan keluarga berprestasi.

Shahrul antara yang masih percaya dengan kebolehan model ini. Memikirkan perubahan prestasi yang keterlaluan boleh meranapkan fungsi yang diimpikan, ia dibuat pada kadar lebih santai, sesuai dengan tugasnya sebagai sedan keluarga. Cuping telinga pun tak pedih!

Nak salin kit badan Jepun dah selalu sangat. Belek punya belek, boleh pulak terjumpa set USDM yang nampak lebih menarik. Kalau ada yang perasan, perbezaan paling jelas terletak pada bumper depan, yang hanya memiliki satu ruang udara di bahagian tengah.

Nak kata Shahrul bikin konsep USDM sangat pun tak jugak. Sekadar cuit sikit-sikit mengikut apa yang dia minat. Selain unit lampu dan reflektor belakang, bahagian bumbung turut diserikan dengan rak basikal dari Thule.

BACA: SEG 4 THROTTLE – “THE SLEEPER”

Kemantapan sektor pengendalian juga tidak dipandang ringan. Hasil penggunaan set suspensi boleh laras dari GAB, ia telah direndahkan pada kadar yang lebih sesuai.

Bagi mengikut tema yang dibawa, keseluruhan ruang roda kini dihiasi rim lubang-lubang jenis Auto Strada berukuran 15-inci, berserta tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 195/55R-15. Cuma tak cukup lebar jer. Kalau labuh mengangkang, mesti lagi mari…

Kereta ini dibekalkan dengan enjin jenis 4A-FE, ia kemudian digantikan dengan enjin 4A-GE 20V Blacktop yang diakui mendahului zaman. Selain dilengkapi sistem pendikit 4-throttle, 20 injap dan sistem pemasaan VVT, ia turut mengandungi beberapa perubahan lain yang agak menarik.

Antaranya, peningkatan nisbah mampatan kepada 11:1, pendikit throttle sebesar 47mm, penggunaan sensor jenis MAP, manifold ekzos dan camshaft rekaan baru, plenum lebih besar, termasuk conrod dan flywheel lebih ringan. Hasilnya, ia mampu mengerah sehingga 165hp dalam keadaan standard.

Bagi memudakan kembali kuasanya, sedikit sentuhan prestasi turut dilakukan Shahrul ke atas enjin ini. Bermula dengan penempatan piston 82mm, camshaft Tomei, serta spring injap Toda. Tekanan bahan api pulak, dikawal unit regulator Tomei. Sementara kuasa letusan, diuruskan oleh set kabel pencucuh NGK Power, termasuk penggunaan unit GReddy e-Manage untuk talaan kuasa lebih responsif.

BACA: IDEA MODIFIKASI COROLLA AE110

Jangkaan ia datang dengan kotak gear manual 6-kelajuan ternyata meleset, apabila kotak gear automatik yang Shahrul pilih. Cukuplah, nama pun kereta famili. Akhir sekali binaan semula sistem ekzosnya, bermula dengan ekstraktor Jasma 4-1, paip tengah kustom, serta muffler Apexi kustom pada ruang belakang.

Kekemasan ruang dalaman agak ringkas, hasil salinan komponen dari Corolla AE101 GT. Selain stereng Nardi sebagai tambahan, Shahrul turut memasang Speed Meter V dari Pivot untuk menghilangkan nebes ketika melekat di satulapan. Baru senang sket nak motong…

Hala tuju Corolla moden rasanya tak macam dulu-dulu. Bukan saja premium dan mewah, struktur percukaian yang tidak membantu turut menyebabkan harganya mahal mencanak. Mujur ada model global macam Vois. Boleh jugak diterbangkan bila perlu…

-PAK MAUN-

GALERI

Google ads
Back to top button