Buletin

SELEPAS DIBASUH, TRAK PIKAP HONDA RIDGELINE BERISIKO TERBAKAR!

Honda baru-baru ini memanggil semula lebih 106,000 unit trak pikap Ridgeline buatan tahun 2017, 2018 dan 2019 kerana risiko kebakaran.

Arahan panggilan semula itu menyatakan apabila ia dibasuh, air yang bertakung di dalam ruang kargo boleh masuk ke dalam pam bahan api.

Manakala sejumlah sabun basuhan kereta boleh mengurai plastik di dalam perumah pam tersebut dan menyebabkan bahan api bertekanan tinggi bocor.

Situasi ini dikatakan boleh menjadi punca kebakaran. Jadi, bahan pencuci yang mengandungi asid sulfurik perlu dielakkan. Lebih memburukkan keadaan, asid sulfurik merupakan bahan biasa digunakan di dalam bahan pencuci.   

Asid sulfurik memang terkenal sebagai agen mengurai minyak, sebab itulah ia menjadi komponen utama bahan pembersih yang berkesan. Tetapi, jika plastik terdedah terlalu lama, ia boleh terhakis.

Trak pikap yang dipanggil semula itu akan ditukar dengan pam bahan api yang baru. Setakat ini, masih belum ada Ridgeline yang terbakar dilaporkan.  

Google ads
Back to top button