Artikel PilihanBuletin

PEJABAT HYUNDAI DISERBU KERANA SEMBUNYI MAKLUMAT KEROSAKAN KERETA

Laporan yang diterbitkan agensi berita Reuters memetik portal berita dalam talian Korea Selatan Chosun Biz pada Rabu lepas memberitahu bahawa Pejabat Pendakwaraya Korea Selatan telah menyerbu Pejabat Urusan Hyundai Motor.

Difahamkan, Pejabat Pendakwaraya mensasarkan Jabatan Kualiti Hyundai bersama Kia Motor Corp berkenaan cara mereka menangani masalah panggilan semula kenderaan mereka berikutan masalah kecacatan binaan enjin.

Pada 2017, kumpulan hak pengguna Korea YMCA telah memfailkan aduan kepada pendakwaraya kerana mendakwa kumpulan automotif terbesar Korea Selatan itu sengaja melengah-lengahkan pembaikan terhadap kerosakan enjin.

Terdahulu, Hyundai dan Kia telah mengumumkan panggilan semula berjuta-juta kenderaan keluaran mereka akibat beberapa kecacatan rekaan.

Proses itu melibatkan model Hyundai Accent dan Tucson yang dikeluarkan dari tahun 2007 hingga 2009, Elantra (2007 – 2010), Santa Fe (2007 – 2011), Veracruze (2008 – 2009), Genesis Coupe (2010 – 2011) serta Sonata keluaran tahun 2011.

Sementara model Kia yang terjejas ialah Kia Rondo dan Sportage tahun 2007 hingga 2010, Sorento (2007 – 2011), Sedona (2007), Soul (2010 – 2011) dan Optima (2011).

Google ads
"
"
Back to top button