Buletin

SHELL FUELSAVE DIESEL BAHARU KINI DI SEMENANJUNG, MEMBOLEHKAN PEMANDUAN SEHINGGA 19KM LEBIH JAUH SETIAP TANGKI

Selepas kejayaan pelancarannya di Malaysia Timur, Shell Malaysia kini membawa inovasi terbaharunya ke Semenanjung Malaysia dengan pelancaran Shell FuelSave Diesel Baharu.

Bahan api diesel ini adalah yang paling efisien dihasilkan oleh Shell setakat ini, membolehkan pemanduan sehingga 19 kilometer lebih jauh bagi setiap tangki.

Lebih lima tahun penyelidikan dan ujian intensif oleh 150 saintis telah menghasilkan formula diesel terkini ini. Shell FuelSave Diesel Baharu menawarkan pelbagai manfaat termasuk:

  • Ketahanan Jarak Lebih Jauh: Membolehkan pemanduan sehingga 19KM lebih jauh setiap tangki.
  • Pembersihan Enjin yang Mendalam: Menghilangkan sehingga 65 peratus deposit enjin berbahaya serta melindungi daripada pembentukan deposit baharu.
  • Aditif Penyasar Deposit Dwi-Tindakan: Menghapuskan deposit berbahaya dan melindungi keadaan enjin untuk prestasi optimum.

Shell FuelSave Diesel bukan sekadar menawarkan kecekapan bahan api yang lebih baik, tetapi juga mencerminkan komitmen Shell dalam memberikan nilai dan kemudahan maksimum kepada pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell FuelSave Diesel, layari www.shell.com.my.

Google ads
Back to top button