Buletin

SHELL MALAYSIA LANCAR SHELL FUELSAVE DIESEL BAHARU DI MALAYSIA TIMUR

Shell Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Shell Fuelsave Diesel baharu di Malaysia Timur, bagi membolehkan pengguna dengan kenderaan diesel boleh menikmati perbatuan bahan api maksimum sehingga 19km.

Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming, berkata, “Shell telah menggariskan komitmen “Better By Far” semasa pelancaran Shell FuelSave 95 pada tahun lepas. Ini telah menjadi mantera kami untuk terus berinovasi dan membangunkan penyelesaian mobiliti lebih baik untuk pelanggan kami yang dihargai.”

“Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi diesel baharu menunjukkan komitmen berterusan kami dalam memenuhi keperluan warga Sabah dan Sarawak yang sentiasa berubah untuk pemanduan lebih jauh tanpa gangguan bagi setiap tangki, sekaligus menjadikan Shell sebagai pilihan kegemaran anda di jalan raya.”

Hasil usaha penyelidikan dan pengujian menyeluruh selama lebih setengah dekad yang dijalankan oleh 120 saintis telah membawa kepada pengenalan formula diesel kami paling maju setakat ini.

Shell FuelSave Diesel baharu kini menawarkan faedah-faedah seperti:

  • Kini sehingga 19 KM lebih jauh untuk setiap tangki agar anda dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.
  • Membersihkan secara mendalam berbanding sebelumnya, menghapuskan sehingga 65% deposit enjin berbahaya dan melindungi enjin daripada pembentukan mendapan baru.
  • Kini dengan bahan tambahan penyasaran deposit dwi-tindakan yang menghapuskan mendapan berbahaya dan melindungi keadaan enjin.

Selain itu, komuniti di Malaysia Timur kini berpeluang memenangi 19 bulan Diesel Shell FuelSave percuma setiap minggu, dari 1 Jun sehingga 15 Julai 2024.

Bukan itu sahaja, pelanggan akan mendapat 1 kali penyertaan bagi setiap pembelian minimum RM60 Shell FuelSave Diesel baharu melalui Shell App.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari www.shell.com.my/FuelSaveDiesel

Google ads
Back to top button