
NINJA VAN MALAYSIA PERKENALKAN NINJA COLD SEMPENA ULANG TAHUN KE-10
Bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhannya, Ninja Van Malaysia hari ini memperkenalkan Ninja Cold, perkhidmatan penghantaran khusus bagi barangan yang memerlukan kawalan suhu.
Langkah ini menandakan komitmen syarikat dalam menawarkan penyelesaian logistik yang lebih cekap, selamat dan mesra alam untuk perniagaan di Malaysia.
Sebagai penyedia perkhidmatan logistik pertama di Malaysia yang memperoleh pensijilan ISO 23412—piawaian Jepun bagi pengendalian rantaian sejuk—Ninja Van Malaysia kini muncul sebagai peneraju dalam industri dengan menekankan aspek kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan kos, fleksibiliti, serta kelestarian.

Perkhidmatan Ninja Cold merangkumi segmen perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan perniagaan-ke-perniagaan (B2B), membolehkan penghantaran produk mudah rosak seperti makanan, minuman dan farmaseutikal dilakukan secara lebih efisien.
Pelancaran ini turut disertai oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, yang menyatakan sokongan terhadap inisiatif Ninja Van Malaysia dalam meningkatkan keupayaan logistik negara.
Menurut beliau, teknologi dan inovasi seperti Ninja Cold adalah pemacu utama dalam mempertingkat daya saing sektor logistik tempatan.

Ciri-ciri Utama Ninja Cold
- Pengurusan Rantaian Sejuk yang Canggih
Menjamin produk berada pada suhu optimum sepanjang proses penghantaran, memastikan kualiti dan keselamatan terjaga. - Liputan Penghantaran Luas
Menawarkan penghantaran keesokan hari di Lembah Klang dan tempoh penghantaran 1-3 hari bagi kawasan luar Lembah Klang. - Kos Efektif
Menggunakan bahan boleh guna semula dan pengoptimuman ruang trak bagi mengurangkan kos penghantaran tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan. - Kelestarian Alam Sekitar
Menggunakan kotak penebat boleh guna semula serta plat penyejuk bertaraf makanan yang mengekalkan suhu hingga -20°C selama 24 jam, sekali gus mengurangkan penggunaan styrofoam dan pek ais pakai buang. - Penjejakan Masa Nyata
Teknologi canggih membolehkan perniagaan dan pelanggan memantau penghantaran secara langsung, meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan.
Meningkatkan Keupayaan Perniagaan Tempatan

Pelancaran Ninja Cold mengukuhkan kedudukan Ninja Van Malaysia sebagai penyedia logistik yang menyeluruh, melangkaui perkhidmatan e-dagang dengan menembusi pasaran rantaian sejuk B2B.
Dengan penyelesaian logistik kawalan suhu yang komprehensif, termasuk penyimpanan, penghantaran dan pemantauan masa nyata, syarikat ini membantu perniagaan mengekalkan kualiti produk sepanjang rantaian bekalan mereka.
Kerjasama dengan jenama terkemuka seperti Secai Marche, Lee’s Frozen dan Sekinchan Seafood membuktikan keberkesanan Ninja Cold dalam menyokong pelbagai industri, daripada penghantaran berskala kecil hingga ke operasi B2B yang lebih besar.
Menurutnya, dengan perkhidmatan ini, perniagaan dapat memperluaskan pasaran mereka dan menangani cabaran logistik dengan lebih cekap.
- BACA: MAZDA LABUR RM710 JUTA JADIKAN THAILAND HAB PENGELUARAN SUV ELEKTRIFIKASI
- BACA: PENCURI PASARAYA WALMART AKAN DIKENAKAN HUKUMAN CUCI KERETA – MENARIK JUGA HUKUMAN NI
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 N TA SPEC DIPANDU NOBUTERO TANIGUCHI CIPTA REKOD TSUKUBA ATTACK!
- BACA: RASMI: AVETA NOVA 160 DAN NOVA 125 DILANCARKAN DI MALAYSIA – DARI RM5,188




