
SHELL LANCAR MINYAK SHELL FUELSAVE 95 BAHARU – 15KM LEBIH JAUH DENGAN SETIAP TANGKI PENUH
Shell Malaysia hari ini memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu yang mampu memberikan sehingga 15 kilometer lebih jauh untuk setiap tangki penuh.
Shell merupakan antara peruncit bahan api terbesar di peringkat global dengan lebih 45,000 stesen di seluruh dunia dan dikunjungi kira-kira 30 juta pelanggan setiap hari.
Pelancaran Shell FuelSave 95 baharu menggambarkan komitmen kami dalam inovasi dan pembangunan produk mobiliti yang lebih baik agar perjalanan kehidupan pelanggan lebih baik.

“Shell sentiasa berinovasi dan menambah baik tawaranagar pelanggan mendapa perjalanan yang terbaik seiring dengan keperluan yang sentiasa berubah. ‘Better By Far’ atau ‘Ternyata Lebih Jauh’ merupakan komitmen kami untuk tidak berhenti dan terus berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu.
“Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan sehingga 15KM lebih jauh untuk setiap tangki agar pelanggan dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh tanpa gangguan,” kata Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia, Seow Lee Ming.

Hasil penyelidikan dan pengujian selama lebih 5 tahun oleh 150 saintis bahan api telah membawa kepada pelancaran bahan api generasi baru ini, yang ternyata lebih baik. Dengan formulasi terkini, Shell FuelSave 95 baharu kini:
- Memberikan sehingga 15km lebih jauh dengan setiap tangki, agar anda dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.
- Pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu kini dengan teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
- Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
- Dicipta untuk teknologi baharu dan lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.

Sejauh mana 15km? 15km lebih jauh merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama. 15km lebih jauh adalah seperti kita menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali atau seperti 35 kali ketinggian Menara KL.
Semasa majlis pelancaran, Shell turut melancarkan ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’. ‘Shell FuelSave 95 Challenge’ merupakan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan penjimatan bahan api yang terbaik menggunakan Shell FuelSave 95 baharu. Pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Lebih menarik lagi, mulai 1 Mac sehingga 30 April, bersama rakan kerjasama Shell di VISA dan BonusLink, 150 rakyat Malaysia berpeluang memenangi minyak percuma selama 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu.
Pelancaran ‘Shell FuelSave 95 baharu kini sehingga 15km lebih jauh dengan setiap tangkimerupakan permulaan yang signifikan kepada tawaran penyelesaian mobiliti ternyata lebih jauh daripada Shell untuk para pelanggan kami pada tahun 2023.
Maklumat lanjut, layari: www.shell.com.my