Buletin

NISSAN SAH BELI 15 PERATUS PEMILIKAN AMPERE – KERJASAMA NISSAN, RENAULT KINI POSITIF

Pengeluar kereta Perancis, Renault mengesahkan pada Isnin bahawa Nissan akan membeli sehingga 15 peratus pemilikan kereta elektrik Renault, Ampere.

Pada minggu lalu, Renault mahu Nissan melabur dalam perniagaan kenderaan elektrik (EV), sementara Nissan mengenakan syarat supaya Renault menjual sebahagian besar kira-kira 43 peratus kepentingannya dalam Nissan.

Komitmen Nissan untuk Ampere dijangka menelan kos AS$1.6 bilion (RM6.8 bilion) sehingga AS$10.8 bilion (RM46.4 bilion). Saiz pelaburan yang besar akan membantu untuk menilai kerjasama mereka terutamanya dalam pengeluaran kenderaan elektrik.

Oleh itu, terdapat keraguan mengenai komitmen Nissan terhadap Ampere kerana keuntungan bersih Nissan telah menyusut kira-kira 30 peratus sejak 2018.

Memandangkan perjanjian itu juga menetapkan bahawa tidak akan ada garis masa tetap untuk urus niaga, kita mungkin hanya boleh tunggu dan lihat perkembangan kerjasama ini. Menguntungkan atau sebaliknya.

Google ads
Back to top button