Artikel Pilihan

MOTOR ELEKTRIK GENERASI KE 5 BMW TIDAK MENGGUNAKAN MAGNET

Ledakan permintaan kereta berkuasa elektrik telah mencetuskan permintaan yang mendadak pada logam rare earth khusus yang mengandungi logam bermagnet. Permintaan ini telah meningkatkan harga logam rare earth serta menyebabkan lebih banyak lombong baru yang dibuka untuk mencari logam ini sehingga dikritik hebat oleh pencinta alam

Bagi menyelesaikan masalah ini, BMW telah menghasilkan motor elektrik generasi ke 5 yang dihasilkan oleh mereka untuk digunakan pada BMW iX M60 tanpa menggunakan logam yang bermagnet yang biasa dihasilkan oleh rare earth metal

BMW iX60 merupakan SUV 2 motor elektrik pada gandar depan dan belakang mampu menjana shingga 532 kuasa kuda dan 1015Nm tork. Motor elektrik pada gandar depan mampu menjana sehingga 255 kuasa kuda manakala gandar belakang menjana sehingga 483 kuasa kuda. Dalam mode Sport Boost, BMW iX60 berupaya menjana 610 kuasa kuda untuk sela masa yang singkat

Bagi mencapai semua angka di atas tanpa menggunakan logam magnet daripada rare earth element, BMW memilih untuk menggunakan magnet 3 fasa AC synchronous motor, brushes dan commutator bagi menghasilkan satu pakej motor. Salah satu sebab kebanyakan pengeluar tidak berminat menggunakan rekaan motor elektrik AC synchronous motor ialah masalah habuk yang akan dihasilkan semasa motor beroperasi

Habuk ini tadi akan menyebabkan berlakunya geseran pada komponen yang menyebabkan jangkahayat komponen merosot dan perlu diganti secara berkala. Namun BMW mempertaruhkan pada teknologi bahan terkini serta kaedah sealing terbaru bagi memanjangkan jangka hayat motor elektrik. Ini menyebabkan habuk yang terhasil tidak mengotorkan komponen dan sistem pendawaian semasa operasi.

Salah satu sebab rare earth metal tidak berapa digemari ialah elemen ini sukar untuk dicari, memerlukan proses perlombongan yang rumit dengan hampir 90% bekalan logam ini dikawal oleh China. Selain BMW, satu lagi firma kejuruteraan dari Jerman Mahle dan juga Bently turut mengkaji bagaimana untuk menghasilkan motor elektrik tanpa menggunakan magnet

Google ads
Back to top button