Buletin

SHELL PERKENAL RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KERETA. NIKMATI DISKAUN 20%

Shell baru-baru ini memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kereta berkualiti tinggi ke pasaran tempatan. Produk tersebut direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dan menjadikan kenderaan lebih bersih serta bergaya. 

Memberi fokus kepada aspek prestasi dan estetik, produk itu merupakan inisiatif pertama Shell dalam bidang penjagaan kenderaan yang dijamin kualitinya. 

“Kami memulakan tahun ini dengan bahan api yang memberikan ekstra 15km bagi setiap tangki. Produk penjagaan kenderaan ini pula membuktikan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang mahu menjaga kereta masing-masing,” kata Pengurus Besar Mobility Shell Malaysia, Seow Lee Ming. 

Rangkaian produk penjagaan kenderaan itu terdiri daripada enam produk luaran dan dalaman yang boleh didapati di stesen minyak Shell. 

Produk luaran terdiri daripada Shell Car Shampoo, Shell Car Shampoo and Wax dan Shell

Speedwax. Ia berfungsi untuk menghalang masalah karat, menghilangkan minyak dan memberi lebih kilatan pada cat kereta. 

Produk untuk dalaman pula merangkumi kain mikrofiber, Shell Leather Cleaner dan Shell Interior Cleaner. Ia mampu membersih serta memastikan ruang kabin bebas daripada kuman dan selamat untuk seisi keluarga. 

Rangkaian produk  penjagaan kenderaan itu sudah boleh didapati di stesen minyak Shell di seluruh Semenanjung Malaysia serta bakal berada di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.  

Untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus atas pembelian produk ini. Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.shell.com.my/motorists/car-care.html

Google ads
Back to top button