Buletin

KOS PEMBAIKAN HYUNDAI IX35 (TUCSON) RM525K, PEMILIK BENGANG, TAK MASUK AKAL

Pengguna awal teknologi baharu mempunyai kecenderungan untuk membayar tambahan bagi sebarang kemungkinan pembaikan.

Namun, bagi pemilik Hyundai ix35 (Tucson) FCEV perlu membayar AS$114,000 (RM525,654) untuk pembaikan.

Ahli perniagaan dari bandar Bad Homburg di Jerman, Till Westberg, membelanjakan AS$55,089 (RM254,015) untuk Hyundai ix35 FCEV baharu pada 2016, sebagai pengganti Toyota Prius hibrid plug-in miliknya.

Seperti yang dilaporkan oleh AutoBild, SUV kompak dengan sel bahan api hidrogen itu bebas masalah selama 7 tahun, dengan pemiliknya menempuh perjalanan sejauh 84,000 km dalam tempoh tersebut.

Menurut Westberg, dia sangat berpuas hati dengan pecutan pantas FCEV, pemanduan senyap dan mampu memandu pada jarak 450-500 km.

Walau bagaimanapun, tanpa sebarang sebab, Hyundai miliknya itu kini mengalami kerosakan, menunjukkan mesej ralat pada skrin setiap kali cuba menghidupkannya.

Kos tinggi tersebut adalah disebabkan oleh fakta bahawa ix35 FCEV ialah kenderaan pengeluaran terhad yang menampilkan teknologi mahal dengan ketersediaan alat ganti sangat terhad.

Seperti anda boleh bayangkan, tiada siapa akan membayar jumlah itu untuk menservis kenderaan terpakai.

Westberg tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mahu Hyundai mengambil semula kereta itu.

Dalam satu kenyataan kepada AutoBild, pembuat kereta itu mengakui bahawa pembaikan itu tidak masuk akal serta cuba mencari penyelesaian alternatif untuk pelanggan.

Google ads
Back to top button