Buletin

PRO-NET, PUBLIC BANK JALIN KERJASAMA – SEDIA KEMUDAHAN PEMBIAYAAN KHAS KERETA SMART

Public Bank menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan serta perkhidmatan kewangan lengkap untuk produk smart Malaysia.

MoC itu juga menyaksikan Public Bank memulakan pendigitalan melalui penyepaduan sistem smart Malaysia dan penjual sah kenderaan itu.

Kerjasama akan membolehkan Public Bank mengantara muka dan memudahkan pendigitalan melalui permohonan pembiayaan akhir sewa beli dan pembiayaan Penstokan Lantai secara dalam talian dengan aplikasi pelanggan smart dan penjual sah, sekali gus memperbaiki bahagian pasaran dalam industri automotif kenderaan elektrik (EV).

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek dalam ucapannya berkata, “Menyokong pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sentiasa menjadi tunjang utama agenda pemeliharaan iklim kami.

“Bank memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion dalam pembiayaan NEV domestik pada akhir tahun 2022, mewakili kira-kira 52 peratus daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan Sewa Beli Bank.

“Untuk membuktikan komitmen Bank, sasaran pemberian pinjaman untuk NEV kini ditingkatkan kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.”

“Terdapat peluang yang mendorong Public Bank dan PRO-NET untuk memulakan kerjasama dari awal. Kerjasama ini bukan sahaja bermanfaat untuk kami bagi mencapai objektif perniagaan masing-masing, malah turut menyumbang kepada usaha bersama kami untuk menangani perubahan iklim,” jelas beliau lagi.

En. Roslan Abdullah berkata, “Melalui kerjasama dengan Public Bank, matlamat kami adalah untuk mempercepatkan proses pembelian, menyediakan kemudahan serta membentuk semula pengalaman digital pelanggan.

“Sebagai jenama EV pertama yang bekerjasama dengan Public Bank, smart merupakan perintis terawal dalam transformasi persekitaran digital industri perbankan,” katanya.

Google ads
Back to top button