SKUTER HONDA X-ADV VERSI 150CC DAN 250CC?
Honda adalah pembuat motosikal yang paling berpengaruh di dunia. Mereka bukan sahaja menguasai kelas premier MotoGP dengan mesin RC213V yang berkuasa, malah, mereka juga ada motosikal 50cc Honda RUckus dan Monkey untuk penunggang kurang berkuasa.
Mereka ada produk di semua pasaran, semua segmen di semua benua dan semua peringkat usia. Tidak hairanlah kalau mereka boleh bina sesuatu yang jarang pengeluar lain fikirkan.
Sebuah skuter adventur seperti X-ADV adalah idea “gila” yang kami sendiri rasakan ia akan hanya bermula dan berakhir sebagai model konsep.
Malah ketika dilancarkan pun, tak ramai yakin bahawa skuter ini boleh dipasarkan dengan meluas. Namun ketika 9 dari pemerhati melihatnya sebagai produk “silap”, Honda membuktikan sebaliknya. X-ADV mencipta budaya baru dalam kategori motosikal kembara!
Enjin 750cc dari segmen NC ini jelas mencipta pengikutnya sendiri. Lantas membuka ide baru kepada penghasilan model serupa – skuter-automatik-adventure.
Di Jepun tersebar desas-desus bahawa Honda mungkin sedang membangunkan pasaran skuter Adventur yang lebih kecil. Laman web
Kojintekibikematome memberitahu bahawa jika Honda mahu perkenalkannya, ia mungkin hadir pada musim panas 2019.
Secara teorinya, ia tidaklah sesukar membian sepenuhnya model baharu kerana Honda boleh menggunakan platform PCX untuk kategori 150cc dan memvariasikan platform Forza 250 untuk menghasilkan versi X-ADV yang lebih kecil.
Laman web tersebut juga menyebut berkemungkinan Honda X-ADV ini dipamerkan pertama kali pada Tokyo Motorshow 2019. Dan jika ia benar, satu perkara yang dapat kami katakan ialah…
Honda memang bijak!