
SPRM MOHON SEMULA RM269,662 DARI NAZA GROUP
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah mengumumkan permohonan perlucutan hak harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Anara nama yang terlibat termasuklah Kumpulan Naza menerusi anak syarikatnya Naza Quest yang merupakan pemegang hak kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia.
Bagaimanapun, jenam Chevrolet Malaysia telah ditamatkan operasinya pada November tahun lalu.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Naza Group berikrar untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memfailkan saman sivil pelucutan terhadap 41 syarikat dan individu.
Dalam kenyataan media tersebut, Naza Group berkata pihaknya sudah menerima notis yang memaklumkan SPRM memfailkan permohonan melucutkan wang bernilai RM269,662 daripada Naza Quest Sdn Bhd.
Syarikat itu mendakwa, ia berhubung pembelian empat kereta jenama Chevrolet.
Saman terhadap Naza adalah sebahagian daripada usaha SPRM untuk mendapatkan semula RM270 juta yang didakwa berasal dari akaun bank yang dipegang bekas perdana menteri Najib Razak.
Dalam kenyataan yang sama, Naza memberitahu bahawa tuntutan tersebut melibatkan transaksi;
- Transaksi 1 : RM105,000 pada 17th Disember 2012 untuk pembelian dua buah kenderaan Chevrolet cars
- Transaksi 2 : RM164,662 pada 9th Disember 2013 untuk pembelian dua unit kenderaan Chevrolet.
SPRM sebelum ini menyiasat akan bank berkenaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
KREDIT:MALAYSIAKINI