Buletin

KERAJAAN MAHU AMBIL ALIH EMPAT LEBUH RAYA DENGAN KOS RM6.2 BILION – LANGKAH AWAL KURANGKAN KADAR TOL?

Kerajaan dilapor bercadang untuk memgambil alih empat syarikat konsesi lebuh raya menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). 

Melibatkan pembelian mencecah RM6.2 bilion, tawaran dibuat ke atas Kesas Holdings, Sprint Holdings, Litrak Holdings dan Smart Holdings melalui dua syarikat iaitu Gamuda Berhad serta Lingkaran Trans Kota Holding Berhad (Litrak Holdings). 

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah awal kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar tol. Sebelum ini, kerajaan ada menyatakan ia sudahpun berbincang dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat lebuh raya. 

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint Expressway), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart, di mana Gamuda memiliki pegangan 70 peratus saham  di dalamnya. 

Menurut Gamuda, tawaran kepada semua pengendali konsesi lebuh raya sehingga jam 5.00 petang pada 12 Julai depan.

Semua tawaran tersebut juga tertakluk kepada hasil kajian daya maju yang memuaskan. Selain kelulusan kebinet serta pelaksanaan perjanjian definitif berhubung tawaran dan pematujan terma-terma tawaran berkenaan. 

Berdasarkan kepada kutipan tol, keempat-empat lebuh raya terbabit mempunyai 48 peratus pegangan saham bagi lebuh raya bertol di bandar, kecuali lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS).   

Sekiranya pengambilalihan itu berjaya, kerajaan dapat menjimatkan RM5.3 bilion dalam bentuk pampasan kepada pengendali lebuh raya. 

Pada Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) ada bercadang untuk memperkenalkan sistem ‘caj kesesakan’. 

Mazda CX30

Maksudnya, caj tol sedia ada hanya dikenakan pada waktu puncak. Jika anda melalui tol berkenaan antara jam 11 malam hingga 5 pagi, tiada caj dikenakan. Sementara caj pada waktu lain akan diberi potongan sehingga 30 peratus.  

sumber: Malaysiakini, BHarianonline

Tags
Google ads
Back to top button