
DUCATI MALAYSIA BAKAL BERPINDAH TANGAN?
Sekitar bulan April lalu, NAZA Automotive Group mengumumkan bahawa pihaknya sedang menjalani penstrukturan semula dan akan memberi fokus kepada dua jenama, Suzuki dan Mercedes-Benz.
Pengumuman tersebut agak mengejutkan ekoran nama Ducati selaku jenama motosikal tunggal dalam portfolio NAZA tidak disebut. Senario itu secara tidak langsung mencetuskan pelbagai spekulasi di Malaysia.

Terbaru, rakan media Paultan.org menerusi penulisan Mohan K Ramanujam, melaporkan bahawa hak mengedar motosikal Ducati di Malaysia akan berpindah ke Didi Resources.
Buat masa ini, NAZA Automotive Group menerusi anak syarikat Next Bike Sdn Bhd masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai senario tersebut.
Dalam pada itu, sekiranya benar, Didi Resources bakal memperkembang tawaran jenama motosikal di Malaysia yang ketika ini telah pun dibarisi Harley-Davidson, Vespa, Royal Enfield, Aprilia, Moto Guzzi dan Triumph Motorcycle. – Paultan.org






