Buletin

SUV PERODUA ARUZ – 2 SPESIFIKASI. X SPEC RM72,200 & AV SPEC RM77,200 SEUNIT

Nampaknya satu demi satu perincian SUV pertama Perodua viral di laman maya. Sebelum ini, brosur SUV tersebut jelas mendedahkan bahawa Perodua memilih nama Aruz.

BACA: BROSUR PERODUA SUV BOCOR. NAMANYA PERODUA ARUZ?

Kini, satu lagi maklumat penting telah diperolehi iaitu varian yang ditawarkan, lengkap bersama harganya.

Sebagaimana yang anda boleh lihat pada jadual di bawah, Aruz akan ditawarkan dalam dua varian iaitu x (standard) dan AV (premium).

Bagi mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia, anda boleh memiliki sebuah Aruz pada harga bermula RM72,200 seunit untuk varian X dengan warna solid.

Sementara varian AV dengan warna metalik berharga RM77,200. Untuk harga Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi, Aruz ditawarkan pada harga bermula RM70,000 seunit.

Aruz yang hanya hadir dengan transmisi automatik ditawarkan dalam lima warna iaitu putih, perak, biru, kelabu dan hijau.

Sebagaimana sedia maklum, Aruz merupakan model rebadge Daihatsu Terios yang dijual di pasaran Indonesia. Bagi pasaran tempatan, UMW Toyota Motor sudahpun melancarkannya menggunakan lencana Toyota Rush.

Google ads
Back to top button