Buletin

SUV PERODUA SAH TERIMA PENARAFAN EEV. 15.6KM/L

Umum masih bercerita tentang Proton X70, SUV Proton pertama yang telah dilancarkan dua minggu yang lalu. Namun, masih ramai yang menunggu SUV D38L Perodua yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Dalam laman facebook rasmi Perodua, mereka telah memuatnaik beberapa foto intipan serta beberapa ciri yang akan didatangkan bersama kenderaan ini.

Pun begitu, umum mengetahui bahawa SUV baru ini akan didatangkan dari platform Toyota Rush/ Daihatsu Terios. Menerusi satu entri terbaru yang dimuatnaik menerusi laman facebook rasmi Perodua hari ini, mereka dengan jelas memberitahu bahawa tarikh pelancarannya semakin hampir.

Perodua sudah mendapat penarafan kenderaan EEV dari Jabatan Pengangkutan Jalanan. Catatan penggunaan bahanapinya ialah 15.6km bagi setiap kilometer

Tidak seperti Myvi dan Bezza yang mungkin menyebabkan ramai tertanya-tanya bentuk keseluruhannya, Perodua SUV yang dikenali dengan kod D38L adalah hasil rebadging Daihatsu Terios. Ia adalah model yang sama yang dikeluarkan oleh UMW – di bawah lencana Toyota Rush.

Google ads
Back to top button